BERITABukan baiki peti sejuk, tonton video lucah di rumah wanita

Bukan baiki peti sejuk, tonton video lucah di rumah wanita

Ketagihan pornografi bukan sesuatu yang lazim diterima dalam masyarakat.

Bahan lucah yang mudah didapati di internet menjadikan medium berkenaan sebagai tempat melempiaskan nafsu.

Lebih parah ketagihan yang tidak dapat dibendung memberi ancaman kepada pihak yang berpotensi menjadi mangsa.

Begitulah kisah dikongsi seorang warga maya apabila rakan serumahnya terpaksa berdepan dengan penagih pornografi.

“Tolong berhati-hati. Lelaki ini menonton pornografi sementara membaiki peti sejuk di rumah saya.

“Rakan serumah saya seorang sahaja perempuan di dalam rumah dan lelaki berkenaan cuba berborak lucah dengannya,” coretnya di Twitter.

Lebih malang, katanya, lelaki berkenaan bertanya kepada rakannya sama ada pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Katanya, lelaki berkenaan menonton pornografi tanpa memakai fon telinga dan mengajak rakan serumahnya menonton bersama.

“Dia ada dalam rumah saya selama dua jam dan tidak membaiki peti sejuk.

“Selepas itu, dia duduk dan borak pasal benda itu dengan kawan saya,” tulisnya lagi.

Kejadian aneh itu tidak berakhir dengan perkara yang tidak diingini selepas lelaki berkenaan bergegas meninggalkan lokasi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Pembantu kedai didenda RM14,000 buat, mulakan kandungan video lucah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami