Tan Sri Rahim Nor jangan buat lawak - pakdin.my

Masih lagi berkisar tentang penyeludupan abu mayat bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya atau PKM k3 Malaysia dan ditaburkan dibeberapa tempat.

Bekas Ketua Polia Negara menyatakan bahawa Chin Peng boleh pulang ke Malaysia kalau mengikut perjanjian Hatyai pada tahun 1989 dan oleh sebab itu, Tan Sri Rahim mempersoalkan kenapa abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa pulang.

Dibawah aku ada masukkan syarat2 untuk membawa pulang abu mayat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.

Dalam tangkap layar dibawah, setiap abu mayat atau mayat warga Malaysia diberikan kebenaran untuk dibawa pulang, begitu juga jika pasangan kepada warga negara Malaysia.

Abu mayat bukan warga negara Malaysia juga dibenarkan untuk dibawa balik ke Malaysia tetapi perlu melalui beberapa prosedur iaitu mendapatkan permit mengimport abu mayat sepertimana lampiran tangkap layar dibawah.

Kalau tidak menggunakan permit import, ianya hanyalah melibatkan warganegara atau pasangan warga negara Malaysia sahaja.

Persoalannya disini, mendiang Chin Peng warganegara mana? Adakah isteri Chin Peng berstatus warga negara Malaysia dan sekiranya bukan, maka mereka perlu mendapatkan permit mengimport abu mayat berkenaan untuk dibawa pulang.

Kerajaan terdahulu membuat pendirian bahawa tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk dan dalam erti kata lain permit import abu mayat Chin Peng tidak akan dikeluarkan atas alasan daripada kekejaman yang pernah dilakukan oleh PKM yang diketuai oleh Chin Peng.

Tapi kini ianya dibawa pulang dan sudah pastilah perkara ini boleh diklasifikasikan sebagai menyeludup bahan larangan.

Kalau Rahim Nor membuat kenyataan bahawa jika Chin Peng boleh pulang kenapa tidak abu mayat mendiang, ianya sama juga dengan ertikata lain kalau seseorang membawa barangan boleh masuk ke Malaysia kenapa barangan tidak dibenarkan dan perlu melalui proses kastam.

Sama juga dengan apa yang berlaku sekarang, Chin Peng telah menjadi abu mayat dan perlukan seseorang untuk membawanya pulang ke Malaysia dan barangan (abu mayat) tersebut perlulah mendapat kelulusan atau pelepasan daripada Kastam.

Jadi kesalahan orang yang membawa masuk abu mayat tersebut sudah boleh dikira sebagai penyeludup dan perlu ditahan dibawah akta penyeludupan bahan larangan dibawah Kastam.

Itu pun sekiranya kerajaan Malaysia hari ini mahu mengenakan tindakan dan sekiranya tiada tindakan walaupun berbentuk saman, maka kita boleh klasifikasikan bahawa kerajaan PH pada hari ini memang memberikan kebenaran kepada si pembawa abu mayat Chin Peng untuk diseludup atau dibawa masuk ke Malaysia.

Jadi kita tunggu apa tindakan kerajaan.

Untuk makluman, sepatutnya Kastam yang keluarkan kenyataan bukannya bekas IGP yang belum lagi menjawat jawatan sebagai IGP pada tahun 1989.

Oleh: Sharul Kamal

Rujukan
Panduan Membawa Balik dan Keluar Mayat atau Abu Mayat

UTAMABERITATan Sri Rahim Nor jangan buat lawak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium