BERITA Megat halang Filipina kibar Jalur Gemilang yang salah

[Video] Megat halang Filipina kibar Jalur Gemilang yang salah

Tahniah kekanda Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. Soal pencapaian satu hal.. tetapi soal maruah negara terletak pada hati dan jiwa yang bermaruah dan tidak sesekali boleh dikompromi.

………..

Semasa majlis penyampaian hadiah acara Wushu Taijiquan di mana Malaysia telah memenangi pingat emas yang pertama Sukan SEA Manila 2019, telah berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir memalukan negara.

Pihak penganjur di Manila telah menggunakan Jalur Gemilang yang salah di podium.

Nasib baik, pegawai Majlis Sukan Negara Johari Zainal Abidin (Joe MSN) sempat mengesan kesilapan tersebut sebelum majlis bermula. Justeru, kita menghentikan majlis sehingga bendera yang betul digunakan.

Pegawai-pegawai Malaysia termasuk CDM Dato Megat Zulkarnain dan Timbalan CDM Ahmad Faedzal (Pejal ISN) bukan sahaja menyerahkan bendera yang betul, malah mereka memasangnya sendiri untuk memastikan segala-galanya sempurna. Maruah negara terpelihara!

Tiada komproni bab Jalur Gemilang!

Kemudiannya, apabila Jalur Gemilang dinaikkan, semua Rakyat Malaysia yang berada di situ telah menyanyikan Negaraku dengan penuh semangat. Inilah #TeamMas! Inilah Malaysia!

Jalur Gemilang maruah Malaysia!

#SayangiMalaysiaku
#WeWinAsOne
#SelamatkanNegaraku

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Anthony Loke Jadi “Undang ke-5”? Ini Sebab Ramai Orang ‘Tersenyum Sinis’

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami