Mahkamah arah PRK di Kimanis - pakdin.my

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan bekas menteri luar, Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata, tiada kekhilafan dalam penemuan fakta kes itu oleh hakim pilihan raya.

“Ada beberapa percanggahan dalam tindakan dan ketidakpatuhan terhadap undang-undang pilihan raya secara meluas,” katanya dalam keputusan sebulat suara.

Ini katanya, menjejaskan keputusan pilihan raya.

Anifah yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, meraih 11,942 undi menewaskan pencabar terdekat daripada Warisan, Karim Bujang dengan majoriti tipis 156 undi.

UTAMAPILIHAN RAYAMahkamah arah PRK di Kimanis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium