Siapa penyangak sebenarnya? - pakdin.my

Saya jawab propaganda menipu PH terbaru.

1. Tabung Haji.
– keuntungan RM500 juta di dalam propaganda itu sebenarnya adalah untuk suku ke-3 2019.

– keuntungan untuk 9 bulan pertama 2019 cuma RM1.3 bilion
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/11/632922/tabung-haji-catat-untung-bersih-rm500-juta-suku-ketiga

Ini jauh di bawah keuntungan TH bagi tahun-tahun sebelumnya.
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/korporat/informasi-korporat/data-statistik-5-tahun

2013 (BN): RM3.0 bilion (Hibah 8.00%)
2014 (BN): RM3.5 bilion (Hibah 8.25%)
2015 (BN): RM3.8 bilion (Hibah 8.00%)
2016 (BN): RM2.5 bilion (Hibah 5.75%)
2017 (BN): RM3.4 bilion (Hibah 6.25%)
2018 (PH): RM1.6 bilion (Hibah 1.25%)
.

2. PETRONAS
– Keuntungan bersih (9 bulan 2019) sebenarnya adalah penurunan 11% dari RM41.0 bilion tahun lepas ke RM36.4 bilion.

– Keuntungan PETRONAS suku ke-3 juga telah jatuh separuh berbanding tahun lepas
“Keuntungan bersih suku ke-3 Petronas jatuh hampir 50%”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/27/keuntungan-bersih-suku-ke-3-petronas-jatuh-hampir-50/

– Rizab Tunai PETRONAS juga telah TURUN RM20 bilion berbanding tahun lepas akibat dijarah PH.

Dengan itu, PETRONAS telah diturunkan taraf oleh syarikat penarafan antarabangsa pada bulan Jun lalu.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/06/576727/moodys-turun-penarafan-petronas
.

3. FGV
– Harga saham kini juga adalah hampir 40% di bawah paras tertinggi bulan-bulan sebelum PRU14.

– Harga saham FGV untuk bulan-bulan sebelum PRU14 adalah sekitar RM1.80 hingga RM2.15.

– Lepas PRU14, harga jatuh ke 62 sen sebelum memulih ke RM1.31 hari ini – iaitu masih di bawah paras sebelum PRU14.

– Sebelum PRU14, FGV tidak pernah umum kerugian tahunan sejak disenarai 7 tahun dahulu.

– Selepas PRU14, FGV mengumumkan kerugian untuk 7 suku tahun berturut-turut.

– Untuk suku ke-3 tahun 2019 yang baru diumum minggu lepas, FGV umum kerugian sebanyak

28 Nov 2019: Kerugian bersih suku ke-3 FGV berkurangan kepada RM262.41 juta
http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1794304

– Pendapatan tahunan FGV juga telah jatuh RM3.5 bilion dari RM17 bilion tahun 2017 ke RM13.5 bilion pada tahun 2018.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156539572160952/

– Ianya dilihat susah untuk memulih jika FGV di bawah PH terus menjual aset mereka seperti FGV China (sudah dijual), (Trurich Resources (sedang dijual) dan MSM (sedang berunding untuk dijual).

– PH perlu terima kenyataan bahawa pasaran saham Malaysia selepas PRU14 telah menjadi paling corot dalam dunia.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156538599075952/

Oleh itu, siapa penyangak sebenar?

Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKSiapa penyangak sebenarnya?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium