#PAU2019: Pemimpin dan Ahli UMNO kena berubah selari dengan pindaan perlembagaan - pakdin.my

Bila UMNO dah sepakat meminda perlembagaan menjadi lebih Islamik maka pemimpin-pemimpin dan ahli kenalah bertindak sesuai dengan apa yang disepakati. Berhentilah budaya bangsawan, kumpul kereta mewah, kumpul perhiasan dan beg tangan berjenama. Yang lelaki berhentilah berfoya-foya di Indonesia dan Thailand.

Sebenarnya penyakit di atas bukan UMNO saja tapi menjangkiti insan berkuasa. Mahathir dan anak beranaknya pun sama. Anwar juga ke mana-mana dengan jet peribadi. Anak-anak muda dalam Parti Kuat Rusuh pun sama, bila ke Jakarta nak menginap di Hotel Kempinksi atau Hotel Mulia. Dah tak main hotel bintang tiga bintang empat. Itu belum cerita bab songsang sembur*t. Hikmah kekalahan UMNO adalah untuk bermuhasabah dan bangkit semula. Tinggalkan saja yang masih terlena.

…………

Alhamdulillah. Sebak dan syukur apabila pindaan perlembagaan UMNO yang akhirnya secara jelas mengagungkan kedaulatan Islam telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan petang tadi

Fasal 3 yang pada asalnya menyebut “UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara”

TELAH DIPINDA KEPADA

“UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita ISLAM, Kebangsaan Melayu, Bumiputera Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan negara”

Fasal 3.1 yang pada asalnya menyebut “Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara”

TELAH DIPINDA KEPADA

“Menegak, Mempertahan dan Mengembangkan Islam sebagai agama persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”

Fasal 3.3 yang pada asalnya menyebut “Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama”

TELAH DIPINDA KEPADA

“Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membela kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia”

Nyata kekalahan adalah satu rahmat besar bagi UMNO untuk kembali kepada fitrah asal serta terbuka kepada realiti dan bebanan politik semasa.

InshaAllah. Hari ini kita semua bangkit semula.

Kita bangkit dengan batu asas yang sesuai dengan fitrah manusia

Kita bangkit dengan Islam di jiwa.

Kerana tidak ada muafakat, tidak ada perpaduan, tidak ada kebangkitan dan tidak ada perjuangan yang akan kekal diberkati melainkan dengan menjadikan Ad Din sebagai tali yang mengikat hati-hati kita.

Maha Suci Allah yang menjadi sebaik baik Perancang dan Pengatur.


Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

UTAMAPOLITIK#PAU2019: Pemimpin dan Ahli UMNO kena berubah selari dengan pindaan perlembagaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium