UtamaNAJIB RAZAKApa kaitan perebutan kuasa...

Apa kaitan perebutan kuasa UMNO 1986 dengan kes SRC, soal Najib - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kaitan isu perebutan kuasa UMNO pada 1986 dengan kes pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi ketika ini.

Najib membalas soalan yang dikemukakan oleh Peguam Negara Tommy Thomas ketika pemeriksaan balas dengan menyoal kembali sama ada ia relevan dengan kes yang dibicarakan.

Thomas: Ketika (perebutan kuasa antara) Team A dan Team B UMNO pada 1986, adakah kamu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad melawan Tengku Razaleigh?

Najib: Saya tak pasti, itu relevan ke, itu persoalan politik? Yang Arif, perlukah saya jawab?

Bagaimanapun Thomas mempertahankan soalan yang diajukan sebagai relevan malah memberi penegasan Ahli Parlimen Pekan itu perlu menjawab setiap soalan yang diaju selagi tiada bantahan daripada pasukan pembelaan.

Najib akhirnya akur dan menjawab beliau menyokong Tun Dr Mahathir.

Dalam pada itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib berkata, alasannya mengkritik tindakan Tun Dr Mahathir atas faktor ‘sweetheart deals’ atau rundingan terus, melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) mengakibatkan negara menanggung perbelanjaan berbilion ringgit.

Ini kerana katanya, peruntukan atau terma yang diluluskan adalah berat sebelah kepada syarikat yang mempunyai IPP.

Muhammad Shafee: Siapa yang rugi jika berat sebelah?

Najib: Kerajaan dan rakyat sebab ramai tak tahu Petronas beri gas. Walaupun ramai kutuk 1MDB tetapi ia banyak menjimatkan wang negara iaitu lebih kurang RM10-15 bilion setahun.

Muhammad Shafee: Bila ‘deal’ itu dibuat?

Najib: Ketika zaman pentadbiran Perdana Menteri ke-4 yang juga merupakan Perdana Menteri ke-7 ketika ini.

Pada 11 November lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...