SRC International: Najib berani kerana benar - pakdin.my

“Ah Najib tu boleh la konsisten di mahkamah. Sebab dia dah diajar oleh peguamnya. Orang menipu ni memang konsisten”

Ini antara komen2 kepada ulasan saya tentang perbicaraan kes SRC semalam. Saya senyum.

Tuan tuan, orang-orang tua pernah berkata, sifat sebenar manusia hanya akan keluar apabila terdesak. Orang putih kata, “When people are desperate, their true colours show”

Saya beri contoh DS Anwar Ibrahim. Apabila beliau dihina dan dituduh meliwat pada tahun 1998, apa yang dia buat? Dia membawa perjuangannya ke jalan.

Maknanya karakter beliau adalah melawan kezaliman dengan kekerasan.

Apabila beliau dituduh meliwat kali kedua, beliau bersembunyi di Kedutaan Turki sehingga mencetuskan krisis diplomatik kecil antara dua negara. Apa maknanya?

Maknanya karakter lain beliau adalah mencetuskan provokasi dan drama untuk menyelamatkan diri.

Tetapi berbeza dengan DS Najib. Ketika perbicaraan, beliau memilih untuk memberi keterangan yang boleh dicabar di kandang saksi. Beliau memilih untuk menuruti kehendak pendakwaan yang mahu one on one dengan beliau tanpa bantuan peguam bela. Malah hari ini, beliau menerima soalan daripada pendakwaraya tentang satu dokumen yang disyaki dipalsukan tandatangan walaupun dibantah pembelaan.

Apa maknanya?

Maknanya berani. Dia berani.

Ketika perbicaraan, beliau berbalas hujah dan menetapkan storyline pada garis yang konsisten. Beliau tiada masalah menghentam dan mempertikaikan semula Tommy apabila soalan dan serangan Peguam Negara itu sendiri tidak logik.

Sebagai contohnya, semalam Tommy telah gagal membuat DSN mengaku ‘mengawal’ SRC secara terus (micro-management). Tetapi hari ini, Tommy seolah mempertikaikan pula kenapa DSN selaku PM/Menteri Kewangan tidak mengamalkan ‘micro management’ dalam mendapatkan semula dana SRC. DSN menjawab bahawa beliau hanya boleh mengarahkan tetapi kerja itu mesti dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah.

Berbelit bagaimanapun soalan Tommy, setiap jawapan hanya memberikan satu erti yang konsisten – DSN tidak mengawal operasi SRC.

Apa maknanya? Maknanya dia tenang. Dia tidak terganggu dengan gangguan kiri dan kanan

Kemudian dalam perbicaraan, beliau masih boleh menyindir Mat Sabu, memerli jawatan (kelayakan) Tommy Thomas. Beliau masih boleh membuat dewan perbicaraan tergelak beramai-ramai. Boleh membuat pendakwaraya tersenyum simpul. Sedangkan nyawa politik dan masa hadapannya sedang tergantung di curam yang dalam.

Apa maknanya? Maknanya dia seorang yang menyenangkan, kelakar dan cerdik. Mana ada orang yang terdesak masih mampu berjenaka dalam keadaan sebegitu.

Saya bagi satu lagi contoh. TGHH. Pada saat-saat akhir PRU13, beliau dihadapkan dengan strategi yang boleh memenangkan PAS tetapi dengan menyongsangkan sedikit dasar parti. Intelektual PAS (kini bersama Amanah) membentangkan segala macam data dan kajian untuk meyakinkan TGHH mengubah pendirian.

Tetapi TGHH jawab apa? TGHH jawab “Awak lupa satu perkara, satu faktor. Pertolongan Allah”.

Dan strategi itu akhirnya dibatalkan

Apa maknanya? Maknanya karakter TGHH adalah meletakkan pergantungan kepada Tuhan. Dia meletakkan iman paling atas daripada semua pertimbangan lain.

Inilah karakter manusia. Sepandai mana pun anda semua berlakon, karakter kita akan terserlah pada saat nyawa kita di hujung tanduk.

Sebab itulah jalan akhirat kita ditentukan berdasarkan pengakhiran hidup kita. Kerana itulah saat ‘absolute desperation’ kita yang sebenar. Sama ada kita memilih untuk menggadaikan iman bagi seteguk air yang ditawar iblis atau kita bertegas untuk terus bertahan dengan dahaga demi akidah pada saat akhir sakaratul maut.


Oleh:
Abdul Rahim Hilmi Zakariya

UTAMANAJIB RAZAKSRC International: Najib berani kerana benar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium