Anwar Ibrahim selesai beri keterangan di Bukit Aman - pakdin.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai diambil keterangan polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman hari ini.

Presiden PKR itu berkata, proses memgambil keterangan bermula pada jam 4 petang tadi dan berakhir sejam kemudian.

“Sepanjang proses tersebut, saya telah memberikan fakta dan kerjasama sepenuhnya kepada polis.

“Sejurus itu mereka bersama saya turut disertai peguam Ramkarpal Singh telah ke rumah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

“Saya menghargai tindakan dan layanan pegawai polis yang menjalankan tugas dengan penuh profesional sepanjang proses berlangsung,” katanya dalam kenyataan.

Anwar dipanggil Bukit Aman selepas polis mengambil keterangan daripada bekas penolong penyelidik pemimpin berkenaan, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaannya berkaitan salah laku seks terhadap Anwar.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan pegawai polis dari Bahagian Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ telah selesai mengambil keterangan daripada Anwar petang ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D5, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid juga mengesahkan rakaman keterangan telah diambil dari Anwar lebih kurang sejam setengah.

Ditanya sama ada pengambilan keterangan akan disambung lagi terhadap Anwar, beliau berkata: “Selesai setakat ini”

UTAMABERITAAnwar Ibrahim selesai beri keterangan di Bukit Aman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium