BERITA Kren tumbang: Empat warga Indonesia termasuk seorang bayi cedera

[Video] Kren tumbang: Empat warga Indonesia termasuk seorang bayi cedera

KUALA LUMPUR –  Seramai empat warga Indonesia termasuk seorang bayi berusia tiga bulan cedera dalam kejadian kren tumbang di Bandar Baru Sentul di sini sebentar tadi.

Sekurang-kurangnya sebuah kedai dan beberapa kenderaan musnah dihempap kren tersebut.

Kren digunakan bagi sebuah projek perumahan bertingkat di kawasan berkenaan itu tumbang melintangi jalan menyebabkan laluan terhalang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Othman Abu Bakar berkata, kejadian dilaporkan berlaku jam 6. 34 petang melibatkan insiden kren tumbang sehingga menutup jalan.

“Terdapat empat mangsa terlibat terdiri seorang lelaki dewasa, dua wanita serta seorang bayi lelaki berumur tiga bulan mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Anthony Loke Jadi “Undang ke-5”? Ini Sebab Ramai Orang ‘Tersenyum Sinis’

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami