UtamaPOLITIKIdeologi komunis: Jangan tegakkan...

Ideologi komunis: Jangan tegakkan benang basah - pakdin.my

TINDAKAN kira-kira 300 individu dari beberapa persatuan yang menganjurkan dan menghadiri perhimpunan di sebuah kolej swasta di Kajang yang dikatakan kononnya bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani
Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989 masih mencetuskan misteri dan 1001 persoalan serta tanda tanya dalam kalangan anggota masyarakat.

Rata-rata rakyat ingin tahu apa matlamat utama perjumpaan tersebut dan adakah ianya berkaitan dengan sebarang usaha dan cubaan untuk menghidupkan kembali PKM atau ideologi komunis di negara ini.

Misteri berterusan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula baru-baru ini mengesahkan enam daripada sembilan pertubuhan yang menyertai majlis peringatan tersebut pada 1 Disember yang lalu merupakan organisasi haram.

Menurut laporan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hanya tiga pertubuhan yang menyertai majlis tersebut berdaftar dengan jabatan terbabit. Jadi timbul persoalan kenapa pertubuhan haram terbabit dalam majlis ini?

Justeru dalam konteks ini kita berharap pihak ROS dan KDN akan menyiasat pembabitan enam pertubuhan haram tersebut sekali gus mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana bergerak secara haram. Kita tidak mahu pertubuhan haram terlibat dalam sebarang agenda tersembunyi untuk menghidupkan kembali PKM atau ideologi komunis.

Ironinya isu utama di sini bukanlah status haram atau berdaftar pertubuhan yang menyertai majlis tesebut, juga bagi penulis bukan juga soal Chin Peng atau abunya

tetapi apa yang lebih mustahak ialah apa jaminan ideologi komunis tidak cuba dihidupkan kembali? Umum mengetahui soal komunis ini adalah isu yang sangat sensitif dalam kalangan anggota masyarakat kita.

Mana mungkin rakyat negara ini melupakan segala kezaliman komunis ke atas penduduk negara ini. Tidak mungkin ada ruang untuk kita melupakan walaupun sedetik apatah lagi memaafkan tindakan mereka serta menerima ideologi komunis.

Justeru individu atau pertubuhan yang cuba  ‘menghalalkan’ perjuangan PKM dan ideologi komunis wajar disifatkan sebagai cuba bermain api dan sedang berusaha menegakkan benang yang basah. Dalam konteks pemahaman dan penerimaan rakyat negara ini, PKM dan ideologi komunis adalah sesuatu yang umpama sudah terang lagi bersuluh di mana pendirian kita sangat jelas dan amat memahami kezaliman dan perjuangan songsang mereka.

Jadi hentikanlah apa jua niat atau matlamat untuk menghidupkan PKM ataupun ideologi komunis di negara ini. Kita sama sekali tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dalam soal ini.

Maka tindakan-tindakan seperti menganjurkan majlis peringatan, membuat perjumpaan dalam kalangan bekas anggota PKM, mengadakan perjumpaan sulit atau melaksanakan apa jua aktiviti dan program berkaitan PKM dan komunis adalah perbuatan yang sia-sia dan wajar dihentikan dengan segera kerana boleh mengundang pelbagai reaksi dan persepsi dalam kalangan anggota masyarakat.

Secara mudahnya perbuatan seperti ini mengundang rasa marah dalam kalangan rakyat terutamanya bekas anggota tentera yang melawan komunis dan ahli keluarga yang menjadi mangsa kezaliman komunis.

Sedar dan bersyukurlah negara kita sudah merdeka, kita mampu mentadbir sendiri dengan baik, kita sedang hidup dalam keadaan yang cukup harmoni dan bekerjasama dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa, negara kita juga cukup tenang, aman dan selamat. Maka apakah kita mahu mendustakan nikmat ini dengan kembali ke zaman komunis? Tegasnya PKM dan ideologi komunis sudah tidak relevan dan tidak ada tempat lagi di negara ini dan rakyat Malaysia tidak memerlukan ideologi komunis dalam kehidupan mereka.

Jangan lupa, kemarahan rakyat akibat kemasukan abu Chin Peng tempoh hari tanpa pengetahuan dan kelulusan pihak berkuasa juga masih belum reda di mana kita cukup menyesali tindakan pihak yang membawa masuk abu tersebut dengan cara dan taktik yang kotor seperti ini. Perbuatan ini juga sebenarnya menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi dalam kalangan rakyat kerana kita juga ingin tahu kenapa buat kerja ini sorok-sorok dan selepas abunya selesai ditabur dihebahkan pula kepada umum secara terbuka. Apa agenda dan motif tersirat di sebalik perbuatan ini? Atau lebih tepat lagi mesej apa yang cuba disampaikan oleh mereka ini kepada rakyat dan juga pihak berkuasa?

Pesanan penulis kepada pihak yang sengaja mencari masalah ini, janganlah terus bermain api serta mencabar pihak berkuasa dan menguji kesabaran rakyat. Semua itu ada had dan batas, ingatlah peribahasa sesal dulu ada pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kehidupan kita sudah cukup bahagia dan aman, jangan
usik dan cuba mengganggu gugat kebahagiaan ini. Kami rakyat Malaysia tidak akan membiarkan sama sekali ideologi komunis berputik kembali atau mengganggu kehidupan rakyat dan mengancam ketenteraman serta keselamatan negara tercinta ini. Biar putih tulang jangan putih mata!

Penulis adalah Noor Mohamad Shakil Hameed, Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...