Pertandingan bikini pulak dah! … - pakdin.my

Pertandingan itu sebahagian daripada segmen Miss Astro Chinese International Pageant 2019 yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV satelit berkenaan.

Pengarah komunikasi Astro, Tammy Toh Seok Kheng dipetik oleh China Press sebagai berkata penganjur hanya menerima surat DBKL yang melarang acara itu sehari sebelum berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

“Ini adalah satu pertandingan bukan Islam dan ia adalah satu persembahan secara langsung, kami telah mengikuti semua prosedur kerajaan untuk memohon lesen yang diperlukan.

“Larangan secara tiba-tiba ini mengganggu perancangan program asal kami,” beliau dipetik sebagai berkata.

Segmen khas itu kemudiannya berubah dengan pengubahsuaian kepada pemakaian.

Laporan itu berkata pertandingan bikini itu merupakan segmen biasa pertandingan ratu cantik antarabangsa dan sebelum ini tidak menghadapi masalah daripada pihak berkuasa.

Ketika dihubungi, pegawai akhbar Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata menteri berkenaan berada di luar negara.

UTAMABERITAPertandingan bikini pulak dah! ...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium