Kenapa sekarang? JAWI dan Mufti Wilayah boleh halang penggunaan masjid lebih awal - pakdin.my

Saya sengaja umumkan untuk bersumpah 2 hari lebih awal.

Tujuan saya buat begitu adalah memberi ruang untuk pihak berkuasa agama seperti JAWI dan Mufti Wilayah membantah atau menghalang saya.

Ini bukan kali pertama saya lakukan begini. Saya pernah mengumumkan untuk bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman (UM) lebih awal. Namun atas kesukaran dari pentadbiran masjid, saya batalkan hasrat, dan tunaikan solat di Masjid Kerinchi yg berhampiran.

Ya, saya orang yang mudah dibawa bincang.

Jika ada bantahan awal, sudah pasti saya akan menarik kembali hasrat saya.

Malangnya tiada.

Selepas dua hari saya bersumpah, maka JAWI dan pejabat mufti WP secara serentak mengeluarkan kenyataan.

Mungkin ianya kebetulan.

Walaupun begitu, saya tetap mengambil nasihat dan kritikan dengan hati yang terbuka.

Hati saya cukup berat, ya mungkin Allah bagi saya petunjuk kepada saya bahawa isu bersumpah akan menjadi polemik besar.

Dan saya berdoa dengan kemuliaan yang Allah berikan kepada Saad bin Abi Waqqas atas doa beliau.

Saya kongsikan kembali doa itu.

“… Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggamanMu.

Ya Allah! Aku berdoa sebagaimana doa yang diucapkan oleh Saad bin Abi Waqqas terhadap mereka yang telah memfitnah, berdusta dan cuba menganiaya diriku,

Ya Allah Azza wa Jalla, jika mereka itu berdusta, berdiri kerana riya’ atau sum’ah, maka panjangkanlah umurnya, jadikan kehidupan mereka dalam kefakirannya dan hadapkanlah dia kepada fitnah dan pembalasan-Mu Ya Allah.

Ya Allah! Sekiranya aku tidak bersalah dan tuduhan mereka itu ternyata dusta, timpakanlah laknat-Mu ke atas mereka dan timpakanlah laknat-Mu ke atas ahli keluarga mereka. Sesungguhnya azab Mu amat berat sekali….”

Ya, anda lebih faqeh dalam bidang agama. Dan anda lebih tahu kesan doa orang teraniaya.

Facebook Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKKenapa sekarang? JAWI dan Mufti Wilayah boleh halang penggunaan masjid lebih awal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium