UtamaNAJIB RAZAKJangan jumud, buat kesimpulan...

Jangan jumud, buat kesimpulan akuan berkanun Azilah menngaitkan Najib – Haniff Khatri - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, orang ramai tidak patut membuat kesimpulan ke atas dakwaan terbaru terhadap Najib Razak oleh Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kerana tidak mudah untuk membuka semula siasatan kes pembunuhan itu.

“Ramai di kalangan kita yang terus melompat daripada kerusi atau katil masing-masing mengatakan bila nak buka balik fail? Di situ kita kena faham bahawa dari segi perundangan, dia tak semudah macam itu.

“Sebab ada satu prinsip dalam perundangan yang mengatakan apabila satu perbicaraan jenayah telahpun diselesaikan melalui pengambilan keseluruhan keterangan pada masa itu dan sudah ada keputusan, sama ada bersalah ataupun tidak bersalah, maka fail itu tidak boleh dibuka melainkan dalam keadaan-keadaan khusus.

“Kalau boleh jangan langkau kuasa mahkamah. Yang penting, tarikh 20 April nanti,” katanya dalam program bual bicara atas talian Jom Channel yang disiarkan secara langsung di Facebook malam tadi.

Semalam, Peguam Negara, Tommy Thomas dilapor akan mempertimbangkan membuka semula kes pembunuhan Altantuya susulan dakwaan terbaru ke atas Najib oleh Azilah dalam akuan berkanun yang dikeluarkan untuk merayu sabitan dan hukuman mati dijatuhkan ke atasnya.

Haniff berkata, sebarang siasatan baru akan membabitkan peranan banyak pihak yang terbabit dalam siasatan dan pendakwaan kes pembunuhan itu pada 2006, termasuk bekas peguam negara ketika itu, Abdul Gani Patail.

“Jangan jumud sangat, mentang-mentang akuan berkanun Azilah cakap pasal Najib Razak, maka semua nak tumpu kepada dia.

“Jangan, ‘that’s not right’. Ada banyak perkara lagi di belakang itu.”

Azilah dan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015, membuat akuan berkanun dalam penjara yang mendakwa Najib memberi arahan membunuh wanita Mongolia itu.

Dia yang memohon mahkamah mengetepikan sabitan ke atasnya dan dibicarakan semula, turut mendakwa bekas kekasih Altantuya, Abdul Razak Baginda dan pegawai kanan polis Musa Safri tahu mengenai “arahan” Najib itu.

Najib dan Razak Baginda yang dilepaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya, menolak dakwaan terbaru itu.

Haniff berkata, ada kecenderungan untuk mereka yang menentang Najib dari segi politik untuk “overkill isu itu” dan membuat kesimpulan bekas perdana menteri itu bersalah.

“Kita tidak boleh ‘overkill’ isu itu dan bercakap terlalu banyak tentang siasatan.”

Haniff berkata, Azilah dalam akaun berkanunnya belum menyatakan kenapa dia tidak menjelaskan dakwaan terhadap Najib di mahkamah apabila dia berpeluang berbuat demikian.

“Walaupun akuan berkanun sekalipun, bukan merupakan suatu keterangan segar.

“Selagi sabitan terhadap Sirul dan Azilah tidak diubah ataupun disemak semula oleh mahkamah, maka untuk meminta fail siasatan dibuka pun adalah salah.”

Jumaat lalu, Najib melafazkan sumpah laknat beliau tidak pernah memberi arahan seperti yang didakwa Azilah dan tidak pernah berjumpa Altantuya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129