Apakah yang dilakukan oleh para Salafus Soleh pada waktu setelah Asar hari Jumaat? - pakdin.my

Ibnul Qayyim berkata,
كان سعيد بن جبير إذا صلى العصر، لم يكلم أحدًا حتى تغرب الشمس – يعني كان منشغلا بالدعاء

“Dahulu Sa’id bin Jubair apabila telah solat Asar, ia tidak berbicara dengan seorang pun sampai tenggelam matahari (maghrib) kerana sibuk dengan berdoa.”

[Zadul Ma’ad 1/384]

كان طاووس بن كيسان إذا صلى العصر يوم الجمعة، استقبل القبلة، ولم يكلم أحدًا حتى تغرب الشمس

“Dahulu Thawus bin Kaisan jika solat Asar pada hari Jumaat menghadap kiblat, ia tidak berbicara dengan seorang pun sampai tenggelam matahari (maghrib).”

[Tarikh Waasith]

Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan waktu ini dengan begitu sahaja kerana inilah waktu mustajabnya doa sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam,

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

‘Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam (pada siang hari), di antara waktu itu ada waktu yang tidak ada seorang hamba muslim pun memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah ia di akhir waktu setelah Asar.’

[HR. Abu Dawud]

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAApakah yang dilakukan oleh para Salafus Soleh pada waktu setelah Asar hari...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium