BERITADUNIA24 maut, 23 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Kemboja

24 maut, 23 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Kemboja

SEKURANG-KURANGNYA 24 maut manakala 23 yang lain cedera dalam insiden runtuhan bangunan di daerah Kep, Kemboja pada Sabtu.

Operasi  mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus pada Sabtu menemukan 18 mangsa yang masih hidup walaupun tertimbus selama 20 jam.

Memetik laporan media tempatan, pihak polis menahan pemilik bangunan itu bagi membantu siasatan.

Setakat ini, orang ramai termasuk ahli keluarga masih berkumpul di kawasan kejadian mengharapkan lebih ramai mangsa dapat diselamatkan.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Kep, Nguon Samet memaklumkan terdapat kemungkinan lebih ramai mangsa yang tertimbus.

Pada Jumaat, bangunan tujuh tingkat dalam pembinaan tersebut runtuh apabila konkrit diletakkan pada bahagian atas.

Pihak berkuasa daerah Kep mengumumkan sebuah jawatankuasa dibentuk secara rasmi bagi menyiasat punca insiden.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami