UtamaNASIONALTarif air tetap naik...

Tarif air tetap naik tahun ini – Xavier - pakdin.my

Kerajaan tetap akan menaikkan tarif air di seluruh negara tahun ini bagi mengatasi masalah rizab bekalan itu yang sangat kritikal, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, mana-mana negeri yang belum bersedia berbuat demikian diminta mengemukakan mekanisme masing-masing kepada kementerian itu untuk dibincangkan.

“Saya memang konsisten dengan apa yang saya kata ini (untuk menaikkan tarif air). Kalau kita tidak ada kerjasama dari semua pihak (negeri) untuk pastikan industri air ini akan naik taraf, kita akan berdepan dengan masalah rizab air yang sangat kritikal.

“Semua kena faham industri air ini mesti ada bajet yang besar dan pastikan kita dapat air 24 jam, 365 hari setahun, rakyat kena terima hakikat kenaikan tarif air ini.

“Kita tidak boleh ada rizab yang sangat rendah di semua negeri termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Rizab air ini kena meningkat dan untuk meningkatkan rizab ini, kita kena ada belanja yang cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas menyempurnakan program Restorasi, Tebus Guna dan Rehabilitasi melalui penanaman pokok di Kolam Tadahan, Bandar Puteri hari ini.

Menurut Xavier, kerajaan Persekutuan akan memastikan dalam tempoh lima tahun akan datang masalah air yang kritikal di seluruh negara akan dapat diselesaikan.

Beliau bersedia untuk meneruskan program meningkatkan taraf air menerusi program yang telah dirancang, walaupun akan menerima kecaman dari beberapa negeri yang belum bersedia menaikkan tarif air.

Beliau menjelaskan, antara cabaran dihadapi kementeriannya ialah untuk mendapatkan bajet yang cukup bagi meningkatkan taraf atau perkhidmatan industri air dalam negara.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Amirudin Harun bahawa tarif air di negeri itu kekal pada kadar yang sama dan tiada sebarang kenaikan bagi tempoh lima tahun ini, Xavier akan berbincang dalam tempoh terdekat ini.

“Negeri Sembilan kata tarif air tak akan naik, tak apa saya akan bincang dengan Menteri Besar.

“Kalau dia kata tidak akan naikkan, dia kena ada mekanisme yang lain yang kena bawa kepada kementerian ini untuk tunjukkan tidak ada masalah air dalam negeri itu atau mana-mana negeri.

“Tetapi kita tahu ada negeri dan situasinya memang keadaan airnya agak kritikal dan kalau kita tidak buat apa-apa, dalam tempoh lima tahun akan datang kita akan ada masalah air yang lebih besar,” katanya.

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...