Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNAJIB RAZAKDedah bahan bukti? SPRM...

Dedah bahan bukti? SPRM telah menyalahi prinsip kedaulatan undang-undang – Peguam Haniff Khatri - pakdin.my

PETALING JAYA : Peguam Kanan Haniff Khatri Abdulla hari ini membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM kerana mendedahkan secara salah rakaman audio perbualan yang di dakwa membabitkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama beberapa figura lain.
Menurut Tuan Haniff Khatri tindakan itu adalah menyalahi prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law).

“Rakyat meletakkan sepenuh harapan ke bahu pihak berkuasa, terutamanya pihak penguatkuasa undang-undang seperti SPRM, untuk menunjukkan amalan betul prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) ini agar segenap lapisan masyarakat lain seperti para pemimpin politik, pihak korporat, pengamal profesional dan rakyat biasa dapat mengambil contoh amalan betul prinsip itu” ujar Haniff Khatri dalam satu kenyataan media.

“Namun, malangnya pada hari Rabu, 08.01.2020, melalui satu Sidang Akhbar yang disiarkan melalui Video berdurasi 1 jam 13 minit dan 16 saat, dengan penuh dukacita saya nyatakan di sini, bahawa pihak SPRM di bawah teraju Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya telah mendedahkan kepada awam secara salah akan butiran perkara dan bahan siasatan baru (segar) secara menyalahi prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law)”, katanya.

Tegas beliau, mengikut undang-undang, mana-mana bahan bukti yang belum atau sedang disiasat tidak boleh sama sekali didedahkan kepada umum oleh mana-mana agensi peguatkuasa undang-undang termasuk SPRM.

“Sememangnya bahan bukti yang masih perlu disiasat lanjut oleh pihak Polis tidak boleh didedahkan untuk santapan awam sama sekali, apatah lagi diperdengarkan kepada orang awam kandungan perbualan berkaitan, kerana ianya boleh menjejaskan siasatan dan juga memberikan gambaran dan impak negatif kepada fahaman masyarakat biasa, sedangkan siasatan belum pun bermula apatah lagi, sememangnya belum lagi selesai”, katanya.

“Secara penuh hormat kepada Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya dan pegawai-pegawai SPRM lain, dan dengan penuh kekesalan dan kesedihan, saya nyatakan bahawa tindakan pendedahan kandungan 9 ‘rakaman audio panggilan telefon’ kepada orang awam pada 08.01.2020 adalah kemungkiran prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) yang sewajibnya tidak boleh dilakukan oleh mana-mana agensi penguatkuasa undang-undang seperti SPRM sama sekali”, katanya.

Sebaliknya, ujar beliau, Latheefa Koya sepatutnya mengarahkan pegawai SPRM yang menerima bukti penting berkenaan dengan segera membuat laporan polis dan menyerahkan semua bahan bukti berkenaan kepada agensi terbabit untuk siasatan lanjut.

“Sebaiknya, jika seperti apa yang dikatakan oleh Latheefa Koya bahawa sejumlah 9 ‘rakaman audio panggilan telefon’ telah cuma diterima SPRM daripada pihak awam selepas tahun baru 2020, maka apa yang sepatutnya dilakukan di sisi prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) adalah untuk mengarahkan pegawai SPRM berkenaan dengan serta-merta membuat Laporan Polis dan menyerahkan kesemua bahan yang mengandungi sejumlah 9 ‘rakaman audio panggilan telefon’ untuk siasatan lanjut pihak Polis sahaja, memandangkan pada dasarnya, jika pun ada, kandungannya mendedahkan kemungkinan kewujudan bentuk jenayah lain, yang adalah di bawah kategori kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya Akta SPRM”, katanya. TheMalayaPost

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490