Klip Audio: Dedahkan konspirasi peringkat tertinggi jatuhkan Najib sebelum PRU14 - pakdin.my

Wawancara Aljazeera semalam bersama Michael Hershman dari Fairfax Group, kita tahu dari Tan Sri Abu Kassim pergi ke Amerika untuk bocorkan dokumen siasatan SPRM kepada DoJ Amerika Syarikat, dan dia dibuang dari SPRM atas tuduhan khainat

Ini hanya mengukuhkan lagi teori Raja Petra berkaitan tiga Tan Sri terlibat dengan komplot nak ‘mengena’ kan Najib.

Kemungkinan apa yang berlaku ialah, Nik Faisal memalsukan tadatangan (disahkan Datuk Suboh dalam mahkamah), untuk memindahkan RM42juta duit SRC senyap-senyap ke dalam akaun Najib, untuk kenakan dia.

Disebabkan akaun itu akaun yang dibuka khas untuk uruskan sumbangan politik dari keluarga DiRaja Arab Saudi, baki dalam itu ada berbilion ringgit, maka tak ada siapa yang perasan RM42juta dimasukkan secara sulit.

Najib mendapat sumbangan dari Keluarga Diraja Arab Saudi bermula sekitar PRU13 dan diteruskan hingga 2015, dan perbelanjaan politik dilakukan seperti biasa tanpa mengetahui RM42juta telah dimasukkan secara senyap-senyap oleh Nik Faisal.

Dokumen senyap-senyap dikumpul untuk kenakan najib, konon siasatan call tapping, dan kemudian semua itu dibocor kepada pihak luar dan media luar.

Adakah adil kepada najib, yang sehingga Dzulkifli yang dirakam membuat panggilan telefon kepada Najib menceritakan yang dia kena main, dan beberapa Tan Sri terlibat.

Apa yg boleh Najib buat untuk hentikan serangan daripada komplot dengan bantuan beberapa Tan Sri ini selain memecat mereka daripada tugas mereka?

Masa tu Tun Mahathir selalu marah-marah pasal Tan Sri yang belot terhadap tiga Tan Sri – Tan Sri yang lain sehingga dilaporkan oleh malaysiakini

Siapa rancang plot, komplot? Tak tahu lah.

Oleh Syed Agil Jamalullail

UTAMANAJIB RAZAKKlip Audio: Dedahkan konspirasi peringkat tertinggi jatuhkan Najib sebelum PRU14

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium