Media Perlu Main Peranan Bentuk Pemikiran Positif Rakyat – Taib Mahmud - pakdin.my

Media perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara khasnya dalam membentuk pemikiran positif rakyat terhadap dasar serta program yang dirancang oleh kerajaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam ucapannya, yang dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh, Taib berkata peranan media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat kini semakin penting dan ia bukan sekadar untuk melaporkan sesuatu berita semata-mata.

“Hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui media sama ada elektronik mahupun media cetak adalah penting agar segala yang dirancang dapat dilaksana,” katanya pada majlis anugerah kewartawanan Shell Kenyalang 2011 di sini, Sabtu malam.

Pada majlis itu, wartawan Utusan Malaysia Muhamad Zaid Adnan muncul pemenang Anugerah Kewartawanan ketegori rencana Bahasa Malaysia dengan rencana bertajuk “Nipah Selindung Pembalakan Haram” dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan sijil.

Kategori berita pula dimenangi oleh Misiah Taib dari Berita Harian dengan berita bertajuk “Saya Sedia Berundur” manakala kategori sukan dimenangi Faizal Bujang dengan berita bertajuk “Sarawak Juara Sukan Paralimpiad Sembilan Kali, Sarawak 18 Tahun Juara dan masing-masing menerima wang tunai RM1,500 dan sijil.

Untuk kategori rencana Bahasa Inggeris pula, tempat pertama dimenangi wartawan The Star, D. Puvaneswary dengan rencana bertajuk “Final Chapter, Memories in Sombre Structures, All Execution Are Harrowing” dan meraih hadiah wang tunai RM2,500 dan sijil.

Untuk berita bahasa Inggeris tempat pertama dimenangi wartawan The Star Hii Boh Teck, Yu Ji dan Zora han dengan berita bertajuk “Log Jam in Rajang River” manakala berita sukan dimenangi oleh Doreena Naeg dengan berita bertajuk “Body Building Second Class Sport” dan masing-masing juga membawa hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil.

Agnes Tugong wartawan dari Utusan Sarawak memenangi kategori alam sekitar, Hani Darani juga dari Utusan Sarawak memenangi ketegori berita kesihatan manakala kategori bahasa Inggeris Hii Boh Teck (alam sekitar), Adeline Liong (berita kesihatan) dan masing-masing membawa pulang RM1,500 dan sijil.

Dalam pada itu, wartawan penyiaran dari TV3 Araffi Igat memenangi Anugerah Penyiaran dan kategori Alam Sekitar manakala wartawan penyiaran dari RTM Petrus Abai memenangi kategori kesihatan dan masing-masing menerima RM2,500.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Wong mewakili Ketua Menteri.

UTAMABERITAMedia Perlu Main Peranan Bentuk Pemikiran Positif Rakyat - Taib Mahmud

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium