UtamaNASIONALSepuluh pelajar dijangkiti Influenza...

Sepuluh pelajar dijangkiti Influenza A, sebuah sekolah di Perak ditutup - pakdin.my

Penularan influenza sejak minggu lepas menyaksikan ramai pelajar dilaporkan dijangkiti virus tersebut dan terbaru Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) di Perak ditutup hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata penutupan sekolah itu berikutan 10 pelajar asramanya dijangkiti Influenza A sejak Sabtu lepas, sekali gus menjejaskan sesi pembelajaran 570 pelajar lain di sekolah itu.

Katanya, keseluruhan pelajar yang dijangkiti influenza termasuk Influenza A di Perak bagi tempoh 9 Jan hingga 12 Jan adalah seramai 28 orang melibatkan empat daerah.

“Seramai 11 orang dari daerah Bagan Datuk termasuk 10 di Semesti; Kinta (lapan); Larut Matang dan Selama (lima) serta Manjung (empat) dan semua pelajar yang dijangkiti itu kini dikuarantin di rumah masing-masing sehingga mereka kembali sihat dan atas nasihat doktor,” katanya kepada Bernama.

Influenza merupakan jangkitan virus dengan gejala utama seperti demam selesema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim itu hanya menyebabkan demam selesema ringan kepada orang biasa tetapi boleh mengakibatkan jangkitan yang teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Di JOHOR BAHRU, kes seorang murid perempuan tahun satu yang tular di media sosial dikatakan kritikal dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, akibat penyakit influenza, disahkan dijangkiti penyakit itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor Aminolhuda Hassan berkata bagaimanapun, terdapat komplikasi lain yang menyebabkan kanak-kanak itu perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA dan dipantau rapi oleh pakar perubatan.

“Itu memang disahkan influenza tetapi dia ada melibatkan pelbagai masalah lain pada pesakit berkenaan, bukan influenza itu sahaja,” katanya kepada pemberita di Jabatan Kesihatan Negeri Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Aminolhuda berkata keadaan influenza di negeri ini sangat terkawal yang masih boleh ditangani pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor malah bekalan ubatan khususnya antiviral influenza juga mencukupi.

Beliau berkata 89 murid prasekolah sehingga Tingkatan Empat yang dilaporkan disyaki dijangkiti influenza pula hanya dirawat sebagai pesakit luar dan diminta berehat di rumah masing-masing.

Di PAHANG, Pengarah Pendidikan Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata seramai 10 murid dari 10 sekolah rendah negeri ini disahkan dijangkiti influenza sejak 7 Jan lepas namun tiada sekolah atau kelas yang ditutup kecuali murid terlibat diarah kuarantin.

Beliau berkata daerah Kuantan mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan lima kes diikuti Cameron Highlands dengan dua kes dan masing-masing satu kes di Jerantut, Bentong dan Raub.

Katanya, lima murid yang disahkan dijangkiti itu juga telah dibenarkan pulang dari hospital dengan tiga masih dirawat di hospital manakala dua lagi dikurantin di rumah.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Bahari Awang Ngah pula berkata ketika ini masih terdapat 180 dos vaksin influenza A di tiga hospital iaitu di hospital daerah Kuantan, Bentong dan Temerloh. — Bernama

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...