BERITAMuhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis

Muhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditahan polis dalam serbuan malam tadi.

Menerusi kenyataannya, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan.

“Saya tidak akan campur tangan. Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan salah seorang suspek ditahan adalah pegawai khasnya.

“Ingin dijelaskan dia adalah kakitangan di ibu pejabat parti bukan pegawai khas saya seperti dilaporkan,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Adhif Syan yang juga Pengerusi Bersatu Selangor menafikan dirinya ditahan dalam serbuan itu dan menyifatkan ianya fitnah.

Terdahulu, Adhif Syan bersama 16 individu lain termasuk pegawai khas beberapa menteri ditahan polis di sebuah premis berikutan aduan bunyi bising oleh orang awam.

Pemeriksaan mendapati terdapat penganjuran ‘private party’ dan ujian saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Ucapan Muhyiddin diganggu, suasana himpunan Bersatu bertukar kecoh

Muhyiddin beri bayangan ‘PN Plus’ menjelang PRU16

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami