Korea Selatan pun guna Bahasa Melayu di papan tanda - pakdin.my

Korea Selatan kini menggunakan Bahasa Melayu pada papan tanda bagi memudahkan pelancong Malaysia dan negara nusantara datang ke negara itu.

Kemudahan itu dikesan Zakaria Azizi di beberapa stesen pengangkutan awam serta kawasan pelancong lalu memuat naiknya di Facebook.

“Oleh kerana kebanjiran pelancong nusantara terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan saban tahun, kerajaan Korea berbesar hati memasukkan papan tanda Bahasa Melayu bagi tujuan kesenangan pelancong di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong,” catatnya.

Menurut Persatuan Pelancongan Korea, seramai 350,826 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan tahun lalu.

Seorang pengguna Facebook Robert Lip Seng Kee berkata langkah itu menunjukkan Korea percaya dengan budaya dan bahasanya sehingga tidak teragak-agak menggunakan bahasa asing bagi tujuan praktikal.

Fikri Samsuddin berkata rakyat Korea “berlumba” untuk belajar dan bercakap Bahasa Malaysia.

“Di YouTube, ramai orang Korea yang membuat ulasan tentang Malaysia.

“Contohnya Channel, Blimey, AbangKorea, SG Wannabe ramai lagi yang cuba bercakap Bahasa Malaysia. Tapi rakyat Malaysia pula yang cuba nak jadi orang Korea,” katanya.

UTAMADUNIAKorea Selatan pun guna Bahasa Melayu di papan tanda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium