Penguatkuasa DBKL cedera ditumbuk peniaga - pakdin.my

Seorang anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditumbuk dua kali di pipi oleh peniaga yang tidak mempunyai lesen di Taman Tasik Titiwangsa, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, peniaga yang menjual air Milo berang selepas peralatan perniagaannya disita.

Terdahulu, tindakan penguatkuasaan diambil oleh Pasukan Peronda Berbasikal Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL yang melakukan rondaan dan pemantauan terhadap aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

Unit Media DBKL memaklumkan, peniaga terdiri pasangan suami isteri itu didapati melakukan kesalahan berniaga tanpa kebenaran dan menyebabkan kawasan persekitaran kotor.

“Namun semasa tindakan penguatkuasaan dilakukan, lelaki berkenaan menghalang tugas anggota penguat kuasa dengan menumbuk dua kali di pipi kanan, menarik pakaian seragam dan menolaknya sehingga jatuh.

“Anggota terbabit mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan lutut sebelah kiri,” katanya.

Katanya, peniaga tersebut telah diberikan teguran dan amaran lisan sebanyak tiga kali sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

“Peniaga tersebut telah melakukan kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012.

“Kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Peralatan yang disita dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras untuk disimpan dan didokumentasikan,” katanya.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

Tangan turut cedera sewaktu penguatkuasaan diambil terhadap peniaga berkenaan. | pakdin.my
UTAMABERITAPenguatkuasa DBKL cedera ditumbuk peniaga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium