BERITAWarga China larikan kanak-kanak disyaki dijangkiti koronavirus ditahan

Warga China larikan kanak-kanak disyaki dijangkiti koronavirus ditahan

Dua warga China yang melarikan anak mereka yang disyaki dijangkiti koronavirus dari Hospital Sultan Aminah (HSA) di Johor Bahru ditahan malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din memberitahu Berita Harian pasangan itu ditahan pada pukul 9.20 malam.

“Malam tadi juga semua mereka dirujuk ke hospital untuk dikuarantin,” katanya kepada akhbar itu.

Difahamkan pasangan tersebut tidak mahu anak mereka dikuarantin kerana tidak mahu terlepas penerbangan pulang ke China.

Menurut akhbar itu lagi, pasangan tersebut mahu anak mereka dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.

Semalam angka kematian akibat virus berkenaan melonjak kepada 56, dengan lebih 1,400 dijangkiti di seluruh dunia, kebanyakannya di China.

Malam tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes jangkitan koronavirus keempat di Malaysia.

Kesemua mangsa berasal dari China dan dilaporkan stabil.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami