Virologi yang membantu melawan SARS berkata Coronavirus Wuhan 10x lebih buruk dan sudah tidak terkawal - pakdin.my

WABAK VIRUS WUHAN – Seorang virologi terkemuka yang membantu melawan SARS memberi amaran bahawa virus Wuhan berpotensi menjadi 10 kali lebih buruk daripada wabak SARS yang merebak 17 tahun yang lalu.

Dr Guan Yi, pengarah State Key Laboratory of Emerging Infectious Diseases di University Hong Kong, mendakwa bahawa keadaan di Wuhan sudah ‘tidak terkawal’.

Menurut laporan dari DailyMail, Dr. Yi menyatakan bahawa “tempoh keemasan” untuk mengekang dan membasmi virus telah berlalu.

Saya telah mengalami begitu banyak penularan dan tidak pernah merasa bimbang. Kebanyakan virus boleh dikawal, tetapi kali ini saya takut. ” kata Dr. Guan Yi.

Coronavirus Wuhan telah meragut 25 nyawa dan telah menjangkiti 800 orang lain. Sementara itu, kerajaan telah menutup pengangkutan awam keluar dari Wuhan.

Walau bagaimanapun, sesetengah saintis percaya bahawa walaupun difahami, penutupan pengangkutan hanya memberi kesan kecil untuk mengelakkan virus. Ini kerana virus itu sudah tersebar di luar bandar Wuhan.

Menurut laporan itu, Dr Guan Yi yang berada di Wuhan minggu ini berkata bahawa dia terpaksa “melarikan diri” selepas memerhatikan kekurangan langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dr. Guan Yi dan pasukannya adalah yang pertama untuk mengenal pasti coronavirus SARS semasa wabak ini menular. Mereka menjejaki sumbernya sehingga melibatkan haiwan musang.

Dari penemuan ini, beliau menggesa kerajaan untuk mengharamkan pemerdagangan hidupan liar yang seterusnya menghalang wabak virus kedua.

Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan dalam pelaksanaan undang-undang mengharamkan pemerdagangan produk hidupan liar, sesetengah kedai swbaliknya masih boleh menjual produk yang dilarang kepada orang ramai.

Para saintis sekarang percaya bahawa virus mungkin menyebar kepada manusia melalui ular atau kelawar.

Semasa temu bual dengan Caixin, salah satu cawangan berita terbesar di China, Guan khuathir lebih ramai orang dari Wuhan telah dijangkiti berbanding jumlah kes SARS.

Dia juga tidak yakin bahawa penutupan Wuhan mampu untuk menyekat virus kerana ramai yang dijangkiti telah keluar melancong sempena Tahun Baru Cina. Dr. Guan berkata virus punca jangkitan telah “tersebar seluasnya”.

Nota kaki:
Koronavirus: Belum tahap kritikal kata Tun Mahathir dan pihak berkuasa belum merancang untuk melarang kemasukan pelancong dari Wuhan, China ke negara ini.

Kita tunggu sehingga tidak terkawal baharu kita mengambil langkah selanjutnya.
[https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/538548/koronavirus-belum-tahap-kritikal-pm]

UTAMABERITAVirologi yang membantu melawan SARS berkata Coronavirus Wuhan 10x lebih buruk dan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium