BERITA#Coronavirus: 'Doakan kami', kata doktor Hospital Sungai Buloh - Dr Siti Sarah...

#Coronavirus: ‘Doakan kami’, kata doktor Hospital Sungai Buloh – Dr Siti Sarah Aishah

Ekoran masalah koronavirus yang kini merebak ke Malaysia, seorang doktor menzahirkan kebimbangannya kerana perlu bertugas hari ini.

Sehubungan itu, Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi memohon jasa baik warga Malaysia mendoakan keselamatan dirinya dan semua kakitangan hospital.

“Saya bakal bertugas secara ‘on call’ di Hospital Sungai Buloh pada Isnin ini. Doakan semua kakitangan kesihatan selamat. Amin,” tulisnya di Twitter.

Aishah turut memuat naik gambar pakaian khusus bagi berdepan pesakit yang diserang koronavirus yang akan dipakainya.

Satu lagi foto doa semoga dilindungi penyakit berbahaya.

Status pakar pediatrik itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, hingga dikongsi lebih 30,000 warga maya.

Ada yang mendoakan keselamatannya, ada juga yang berang kerana akibat masalah tersebut, petugas kesihatan kini berdepan risiko jangkitan.

“Doktor merisikokan nyawa mereka sendiri untuk cuba bantu pesakit semampunya. Terima kasih banyak. Selamat semuanya, insyaallah,” kata Jameela Khaleed.

Empat disahkan positif jangkitan 2019-nCoV di Malaysia setakat 25 Januari, semuanya pelancong China yang masuk melalui Singapura. Tiga daripadanya masih dirawat di Hospital Sungai Buloh.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami