Piala Carabao: Man United gagal ke final - pakdin.my

MANCHESTER – Manchester United gagal ke final Piala Carabao walau menang 1-0 ke atas Manchester City di Stadium Etihad awal pagi tadi.

United terpaksa menggigit jari selepas kalah 2-3 secara agregat.

City pulalayak ke final sekali lagi untuk tiga musim berturut-turut yang menyaksikan mereka merupakan pasukan ketiga yang mencipta rekod tersebut.

Lawan mereka di final adalah Aston Villa yang menang ke atas Leicester dalam aksi lebih awal

Beraksi di tempat sendiri, City yang lebih menguasai perlawanan dan mencipta lebih banyak peluang gol.

Namun Sergio Aguero dan Riyad Mahrez yang memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol berjaya digagalkan oleh David De Gea.

Sebaliknya United pula di hadapan pada separuh masa pertama selepas Nemanja Matic melakukan rembatan deras menewaskan Claudio Bravo.

Gol itu adalah percubaan tepat yang pertama daripada United ke arah gawang City namun malangnya Matic yang cemerlang sepanjang perlawanan telah menerima kad kuning kedua dan dibuang padang pada minit ke-76.

City terus menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan namun menemui jalan buntu sehingga perlawanan tamat.

 

UTAMAGAYA HIDUPPiala Carabao: Man United gagal ke final

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium