Faktor Calon, Lokasi Dan Situasi Asas Pengagihan Kerusi BN Pru13 - pakdin.my

Faktor calon, lokasi dan situasi akan menjadi perkiraan asas bagi pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang demi menentukan kemenangan.

Tidak ada satu formula tetap bagi menentukan kemenangan calon kerana terdapat isu yang berbeza-beza ketika berdepan dengan situasi pilihan raya umum itu kelak.

“Yang penting adalah formula kemenangan (bagi BN) dari semua aspek yang akan ditentukan akhirnya oleh rakyat sebagai pengundi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menyatakan bahawa BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang digunapakai kini bagi menghadapi PRU akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan berkata perubahan politik yang dinamik menyebabkan perlu pelarasan kerana formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008.

Input kepimpinan peringkat negeri akan diambilkira dalam formula itu selain persefahaman pemimpin tertinggi parti-parti komponen BN.

Kejayaan pada PRU 13 itu kelak akan menentukan transformasi dibawa oleh Najib yang diterima rakyat pada masa kini dapat diteruskan.

Sejak dua tahun Najib mengambil-alih pucuk pimpinan, negara telah melihat banyak perubahan.

UTAMABERITAFaktor Calon, Lokasi Dan Situasi Asas Pengagihan Kerusi BN Pru13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium