“Andai dia wanita dan difitnah, tunjukkanlah bukti yang boleh menutup fitnah” – Shahrol Shiro gesa pihak berkuasa tegas tangani isu Sajat - pakdin.my

KISAH lelaki berpakaian wanita ketika mengerjakan ibadah umrah nampaknya begitu hangat diperkatakan ramai.

Isu itu menjadi bualan ramai termasuk pelawak Shahrol (Shiro) yang menggesa pihak berkuasa memandang serius isu golongan mak nyah yang dilihat semakin terbuka dan berani hingga mencetuskan kebimbangan umum.

Menurut Shahrol, dia tidak mahu institusi agama Islam dihina sewenang-wenangnya tanpa tindakan tegas.

“Aku bukanlah ustaz tetapi aku bersuara kerana tidak mahu kesucian agama Islam ini dihina sebegini rupa.

“Andai kata dia benar-benar wanita dan difitnah, maka tunjukkanlah bukti sama ada daripada pemeriksaan doktor atau apa saja bukti yang boleh menutup fitnah ke atasnya.

“Jika dia bersalah maka ambillah tindakan yang tegas. Semoga kita semua dijauhkan daripada kemurkaan Allah,” ujarnya.

Shahrol meluahkan rasa tidak senangnya itu menerusi entri yang dimuat naik ke laman Instagram pada Isnin.

Selain itu Shahrol turut membuat perbandingan bagaimana pihak berkuasa di negara ini menjalankan tugasan apabila berdepan kesalahan sama.

“Gambar satu, seorang remaja ditahan kerana menyamar sebagai seorang pegawai kanan polis dan direman untuk siasatan.

Dua isu ini adalah kesalahan yang sama iaitu menyamar.  Satu menyamar jadi polis dan satu menyamar sebagai wanita.

SHAROL SHIRO

PELAWAK

“Gambar dua, Sajat berangkat ke Tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan memakai pakaian muslimat tetapi diragui jantinanya.

“Dua isu ini adalah kesalahan yang sama iaitu menyamar… satu menyamar jadi polis dan satu menyamar sebagai wanita. Satu melanggar hukum yang dibuat oleh manusia, satu melanggar hukum Tuhan,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kisah usahawan kosmetik yang memiliki nama asalnya lelaki berpakaian wanita termasuk bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah menjadi kecoh di media sosial.

Lebih menggusarkan apabila Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan kebimbangan terhadap hukum aurat yang mampu merosakkan ibadah muslimat lain.

UTAMAGAYA HIDUP“Andai dia wanita dan difitnah, tunjukkanlah bukti yang boleh menutup fitnah” -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium