Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Adakah Prestasi BN Sarawak Lebih Baik Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang? - pakdin.my

Adakah Prestasi BN Sarawak Lebih Baik Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang? - pakdin.my

Datuk Dr Stephen Rundi Utom

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom dijadul mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan BN pada 1 Nov untuk mengemukakan laporan mengenai persiapan negeri bagi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata laporan itu, antara lain, termasuk strategi BN negeri, calon parti-parti komponen BN, serta isu membabitkan kawasan-kawasan bandar, akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengerusi BN.

Penganalisis politik berkata walaupun Dr Rundi, yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), telah menyatakan PBB akan mencapai kemenangan 100 peratus, namun keyakinan itu tidak boleh diguna pakai kepada parti komponen lain seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pada masa ini, empat parti komponen BN negeri — PBB, SUPP, PRS dan SPDP — menguasai 29 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini. Baki dua lagi kerusi iaitu Bandar Kuching dan Sibu, dipegang oleh parti pembangkang DAP.

Hanya kerusi Parlimen akan dipertandingkan di Sarawak dalam pilihan raya umum berikutan pilihan raya negeri diadakan berasingan. PBB telah diperuntukkan 14 kerusi Parlimen, SUPP sebanyak tujuh kerusi, PRS mendapat enam kerusi dan SPDP pula empat kerusi.

“Yang paling lemah masih SUPP. SUPP masih seperti SUPP yang lama sebelum pilihan raya negeri (16 April). Mereka (BN) tidak akan mencatat prestasi lebih baik daripada pada 2008,” kata Dr Jeniri Amir, penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Beliau berkata kerusi-kerusi di bandar, kecuali Bintulu, menghadapi ancaman ditawan oleh pembangkang, khususnya DAP.

“Kerusi-kerusi seperti Miri, Stampin, Sibu dan Sarikei berada dalam bahaya, bersama-sama dengan dua lagi kerusi di kawasan luar bandar — Baram dan Saratok.

BACA juga  Vaksinasi remaja diperluas selepas negara capai imuniti kelompok

Hampir semua faktor yang menjadi punca kekalahan pada pilihan raya negeri yang lepas masih wujud. Ia hanya bergantung mengenai bagaimana pembangkang memanfaatkan isu berkenaan,” kata Dr Jeniri.

Katanya Baram berada dalam bahaya atas hakikat bahawa pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi itu dimenangi BN dengan majoriti kecil, manakala di Saratok, ancaman datang daripada wakil rakyat Krian Ali Biju dari DAP.

“Jika Ali Biju bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu, beliau bakal memberikan tentangan sengit terhadap penyandang (Jelaing Mersat),” katanya.

Jelaing ialah setiausaha agung SPDP dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata BN masih boleh menang, tetapi tidak semudah pada 2008, manakala terdapat keperluan bagi parti pemerintah BN untuk mengenal pasti calon-calon lebih awal dan meletakkan sebanyak mungkin muka baru.

Seorang lagi penganalisis politik di Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi, juga mempunyai pendapat yang sama bahawa yang paling lemah dalam BN Sarawak ialah SUPP, yang mungkin akan menjejaskan keseluruhan prestasi BN di negeri itu.

SUPP dijangka bertanding di kerusi yang terletak di bandar, manakala DAP juga mensasarkan kerusi seperti Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri, yang majoritinya pengundi Cina.

“SUPP sudah kehilangan dua daripada tujuh kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada mereka. Dalam pilihan raya umum akan datang, saya percaya mereka kemungkinan akan hilang satu atau dua lagi kerusi.

Tiada jaminan bahawa SUPP akan mencatatkan prestasi lebih baik, dan lagi pun Presidennya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, akan berundur pada Disember,” katanya.

Selain itu, katanya masalah dalaman SPDP kemungkinan besar akan menjejaskan prestasi parti itu jika ianya tidak diuruskan dengan berhati-hati.

BACA juga  Sultan Selangor Perjelas Tidak Terlibat Dalam Politik

Dr Rundi, semasa dihubungi, mengakui BN menghadapi tugas getir untuk menghadapi cabaran pembangkang di enam kerusi Parlimen di bandar iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Bandar Sibu, Lanang dan Miri.

Bagaimanapun, beliau enggan memperbesar-besarkan masalah dalaman SPDP, menyatakan ia sekadar salah faham di kalangan pemimpin tertinggi SPDP dan tidak melibatkan anggota akar umbi dan beliau percaya Presiden SPDP akan menyelesaikannya dengan mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan.

“Selain daripada itu, kami tidak melihat ada banyak masalah. Jentera BN sudah bersedia selepas pilihan raya negeri, dan daripada segi persediaan kami, kami sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi kami, terutama di kawasan luar bandar dan sub-bandar,” katanya.

Beliau juga berkata BN akan memberikan tentangan sengit kepada pembangkang di kawasan bandar dalam pilihan raya Parlimen disebalik kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri lepas di mana DAP dan PKR menawan 13 daripada 15 kerusi di bandar yang ditandingi SUPP.

Selain itu, Dr Rundi berkata pada pilihan raya umum, situasinya adalah berbeza, kerana satu daripada faktor utama yang jelas kenapa DAP memenangi 13 kerusi pada pilihan raya negeri ialah kerana calon-calon tersohor parti itu dari Semenanjung turut berkempen di sini.

“Tetapi keadaan itu tidak akan berlaku pada pilihan raya umum kerana mereka akan sibuk berkempen di kawasan masing-masing,” katanya.

Faktor lain ialah pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, dan PAS, masih belum mencapai persetujuan mengenai pembahagian kerusi Parlimen yang setiap parti akan tandingi di Sarawak, walaupun dua perbincangan telah diadakan.

Masalah itu berpunca daripada tiada kata sepakat dicapai antara DAP dan PKR mengenai jumlah kerusi yang mahu ditandingi oleh setiap parti yang menyebabkan “pertindihan” di beberapa kerusi.

BACA juga  Selangor PKR 'Dry' Style #TolakPR #SSYBN

DAP dan PKR masing-masing mensasarkan antara 12 dan 15 kerusi daripada 31 kerusi manakala PAS dijangka bertanding di dua atau tiga kerusi di kawasan yang majoritinya Melayu.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285