Saifuddin jawab Takiyuddin berhubung tuduhan beliau kurang ajar terhadap Tun Mahathir - pakdin.my

“Saya menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya masih anggota jemaah menterinya.”

Itu reaksi Datuk Seri Saifuddin Nasution berkenaan kritikan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwanya bersikap kurang ajar terhadap Perdana Menteri.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PKR itu hanya menyatakan Takiyuddin yang juga  Ahli Parlimen Kota Bharu itu bebas memberikan pandangannya kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.

“Takiyuddin menyokong Datuk Seri Najib (Razak) yang dikaitkan dengan pemerintahan ala kleptokrat dulu dan Takiyuddin hanya mengubah menyokong Tun Dr Mahathir setelah Datuk Najib jatuh,” katanya.

Sebelum itu, Takiyuddin menyifatkan Saifuddin kurang ajar merujuk kepada kenyataan Saifuddin dalam satu artikel bertajuk ‘Pas sokong Dr. M selepas kleptokrat kesayangan hilang kuasa’.

Takiyuddin turut menyifatkan kenyataan Saifuddin jelas menunjukkan PKR kini di ambang kejatuhan.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin menegaskan sokongan yang diberikan kepadaMahathir merupakan sesuatu yang membezakan antara beliau dengan Takiyuddin dan itu merupakan hakikat.

Ujarnya, beliau konsisten dengan Mahathir sebelum dan selepas PRU-14 yang lalu manakala Takiyuddin hanya mengubah sokongannya kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada masa sekarang.

UTAMAPOLITIKSaifuddin jawab Takiyuddin berhubung tuduhan beliau kurang ajar terhadap Tun Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium