UtamaGAYA HIDUPAGAMATransgender wajib pakai Ihram...

Transgender wajib pakai Ihram ikut gander asal ketika umrah, tutup buah dada dengan bengkung tidak berjahit - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

ISLAM merupakan agama yang membawa kepada kerahmatan kepada seluruh alam. Rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya yang banyak melakukan dosa sangatlah luas. 

Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 53 yang maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Mencari keampunan dan mendekatkan diri kepada Allah merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam lebih-lebih lagi jika kita berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan untuk menunaikan ibadah umrah.

Peluang yang Allah berikan kepada mereka yang menjadi tetamu Allah di sana mestilah digunakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana bukan semua orang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah haram.

Tanah haram merupakan satu tempat yang dijanjikan dengan keberkatan dan pahala berganda kepada sesiapa yang memasuki serta beribadat di dalamnya.

Bukan sahaja orang hidup dan beribadat di sana memperoleh kelebihan dan keistimewaan, bahkan orang yang meninggal dunia di bumi Makkah dan Madinah turut dijanjikan kelebihan tersendiri.

Nabi pernah bersabda: Barang siapa di antara kalian mampu meninggal dunia di kota Madinah hendaknya ia melaksanakannya, sesungguhnya aku akan bersaksi bagi siapa saja yang meninggal di kota Madinah – [HR Ibn Majah 3103].

Transgender perlu bertaubat!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan beberapa individu transgender dari Malaysia ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Kehadiran mereka ke Makkah amat digalakkan dan diharuskan.

Akan tetapi adalah menjadi kewajipan mereka apabila ke sana untuk menginsafi dan bertaubat kepada Allah dengan melihat kebesaran-Nya.

Tidakkah mereka merenung sejenak akan kepayahan dan kesusahan dihadapi Rasulullah dalam menegakkan agama Islam? Segala ibrah yang terdapat di sana seharusnya mereka jadikan sebagai pedoman hidup.

Antara perbuatan yang boleh mempersendakan agama Islam ialah dengan memakai pakaian wanita bagi lelaki dan begitu pula sebaliknya. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan dilaknat Allah.

DR NUR MOHAMMAD HADI ZAHALAN

PENSYARAH

Jika kita merenung kisah-kisah mereka yang pernah menyakiti dan menolak ajak baginda Rasulullah serta mempersendakan agama Islam, semua mereka telah binasa dan dilaknat oleh Allah.

Dimanakah Abu Jahal, Abu Lahab serta pengikut-pengikut mereka? Kesemua mereka pernah hidup di atas muka bumi ini tetapi disebabkan keangkuhan mereka kepada Allah dan Rasul maka mereka dilaknat.

Antara perbuatan yang boleh mempersendakan agama Islam ialah dengan memakai pakaian wanita bagi lelaki dan begitu pula sebaliknya. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan dilaknat Allah.

Sabda Rasulullah: Allah melaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.- [HR Bukhari]

Para alim ulama telah meletakkan syarat bagi transgender yang sudah bertaubat dan ingin menunaikan umrah sewajibnya mereka kembali kepada keadaan fitrah mereka.

Jika tubuh badan mereka sudah seperti wanita seperti mempunyai buah dada maka para alim ulama meminta supaya mereka memakai bengkung yang tidak berjahit untuk menutup dada supaya mereka boleh memakai kain ihram dengan selesa seperti lelaki lain.

Nabi pernah usir golongan menyerupai wanita

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang menceritakan bagaimana seorang mukhannath (lelaki berperwatakan wanita) duduk di dalam rumah Ummu Salamah, isteri Rasulullah.

Mukhannath ini dikatakan mendedahkan rahsia perihal sosok tubuh wanita Taif kepada Abdullah ibn Abi Umayyah (saudara kepada Ummu Salamah). Beliau menceritakan perihal wanita Taif (anak-anak perempuan Ghaylan) yang mempunyai tubuh yang gebu.

Mendengar perbualan ini Rasulullah melarang mukhannath ini dari duduk bersama dengan wanita Muslimah. Ini kerana mukhannath tersebut akan mengetahui aurat dan susuk tubuh wanita Muslimah sehingga boleh mendedahkannya kepada orang awam.

Dengan itu Rasulullah menegaskan:“(Wahai wanita) Jangan biarkan mereka ini (mukhannath) masuk bersama dengan kamu (para wanita)!” – [HR Bukhari 5437].

Percakapan jangan sombong kerana Allah tidak menurunkan bala

Saya amatlah berasa sedih dengan ungkapan seorang transgender yang berani mencabar kuasa Allah dengan mengatakan: “Kalau saya berdosa, Allah bayar cash saya kat sini!!! Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan saya pergi dan balik.”

Percakapan sebegini merupakan percakapan yang sombong dan tidak seharusnya keluar dari mulut sesiapa pun.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Firman Allah didalah Surah Al-Kahfi ayat 58 yang maksudnya; Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang lain daripadanya.

Maka pesan saya kepada mereka yang merasakan perbuatan mereka itu betul supaya segera kembali kepada Allah.

Allah telah memberi peluang untuk menghadirkan diri ke tanah haram supaya mereka menginsafi diri mereka sebelum terlambat.

Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka dengan luas kepada mereka yang ingin kembali kepada-Nya.

Bagi masyarakat pula, saya menasihatkan agar berhenti dari mengata dan menghina. Marilah bersama-sama kita berusaha mengajak mereka dan membimbing mereka kejalan kebenaran serta sentiasa mendoakan mereka agar mendapat hidayah Allah.

Sabda Rasulullah: Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain. –  [HR Bukhari 459].

Sabda Rasulullah lagi: Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam. – [HR Bukhari 5552]

Panduan bagi transgender yang ingin ke tanah suci

Antara panduan yang perlu diikuti bagi mana-mana transgender yang ingin ke tanah suci ialah:

1. Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat sebelum berangkat.

2. Memakai pakaian fitrah yang dijadikan Allah ke atas mereka. Jika lelaki pakailah pakaian lelaki dan jika perempuan maka pakailah pakaian perempuan.

3. Solat ditempat lelaki jika ia seorang lelaki dan begitu juga sebaliknya.

4. Penggunaan tandas mengikut kejadian asal mereka.

5. Sentiasa menjaga adab disana dengan menghormati batasan-batasan yang telah ditetapkan didalam Islam.

6. Pergi dengan tujuan ibadah kerana Allah.

Semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah dan semoga Allah menerima taubat kita.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Beliau juga merangkap Panel Rujuk Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia, YADIM.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129