BERITATiada kes jangkitan #coronavirus di Kelantan, orang ramai dinasihatkan usah percaya khabar...

Tiada kes jangkitan #coronavirus di Kelantan, orang ramai dinasihatkan usah percaya khabar angin – Semasa

ORANG ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai khabar angin kononnya terdapat individu yang dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) berada di Kelantan ketika perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin yang dipetik Bernama berkata, penularan berita tidak benar itu boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram kepada masyarakat sedangkan jabatan itu telah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang penularan virus itu.

“Apa yang tular mengatakan ada individu yang dijangkiti koronavirus berkenaan dan pernah datang melawat saudara di negeri ini pada Tahun Baharu China lalu adalah tidak benar,” katanya pada Khamis.

Dr Zaini mengulas berita yang tular kononnya seorang lelaki warga Malaysia yang dikesan positif 2019-nCoV pada 4 Februari lalu telah mengunjungi saudaranya di Kelantan pada pada Tahun Baharu China lepas.

Beliau berkata sehingga kini tiada sebarang jangkitan virus itu di Kelantan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Liwat, amang seksual pelajar: Mudir madrasah direman seminggu lagi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami