UtamaPOLITIKPAS secara dasar setuju...

PAS secara dasar setuju ‘Pakatan Nasional’ - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

PAS secara dasarnya bersetuju dengan pembentukan ‘Pakatan Nasional’ sebagai gagasan baru kerajaan perpaduan bagi mengembalikan negara ke landasan asalnya, namun ia mestilah mengikut lunas demokrasi.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai pakatan itu sebaliknya ketika ini PAS dan Umno memberi fokus kepada Muafakat Nasional.

“Sehingga hari ini masih terlalu awal untuk kita buat keputusan, perlu teliti satu persatu, langkah awalnya kita adakan Muafakat Nasional untuk satukan kuasa politik Melayu Islam, ini yang utama.

“Satu keperluan dan mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa, masalah nama tak timbul yang penting ada konsep muafakat,” katanya ketika ditemui media di Ruslia, Terengganu, hari ini.

Hadi berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai spekulasi pembentukan Pakatan Nasional yang didakwa dirintis Bersatu dan Umno.

Ditanya jika PAS menyokong cadangan penubuhan Pakatan Nasional, Hadi secara ringkas menjawab: “Itu pakatan kita menyokong, dasar kita menyokong.”

Pakatan Nasional menimbulkan spekulasi sebagai satu gabungan politik Umno, PAS dan Bersatu.

Spekulasi itu tercetus pada 3 Feb lalu apabila Anggota Majis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendedahkan mengenai perkara tesebut.

Lokman tampil membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang ‘presiden yang lemah’ dan tiada jati diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengepil petikan rakaman audio sepanjang tiga minit 18 saat, yang didakwanya diucapkan Zahid ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pula dalam satu kenyataannya mengingatkan parti itu supaya tidak “terpesona dengan nafsu” berhubung spekulasi kerajaan campuran membabitkan Bersatu, Umno dan PAS.

Hari ini, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dijangka akan memuktamadkan isu kerjasama dengan Bersatu.

Dalam pada itu, Hadi berkata sememangnya ada keperluan untuk membentuk satu pakatan ataupun gerakan baru memandang kerajaan PH kini semakin bercelaru dan didominasi bukan Islam.

Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum yang majoritinya kaum Melayu beragama Islam, Putrajaya sepatutnya dikuasai oleh bumiputera.

“Kuasa politik Melayu, Islam mesti mendominasi pemerintah hari ini, kita lihat ada “kecanggungan” (kepincangan) dalam PH hari ini.

“Kita melihat kuasa politik orang Melayu Islam terancam kerana PH didominasi bukan Islam,” katanya.

Tambah Hadi lagi, sebarang perubahan kerajaan perlulah melalui proses demokrasi dan tidak perlu dilakukan secara gopoh.

Katanya, banyak cara proses demokrasi yang boleh dipraktikkan di negara ini untuk menukar kepimpinan negara, antaranya melalui undi tidak percaya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s