Selagi ikut Perlembagaan, kerajaan sah sekalipun ikut tingkap - pakdin.my

Pas boleh menerima perubahan dalam kerajaan hari ini sekalipun mengikut ‘tingkap’ selagi mana pembentukan gagasan baharu dibuat tidak bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, segala keputusan dalam pembentukan kerajaan perlu mengikut sistem demokrasi dan tidak wujud istilah pintu depan mahupun belakang.

“Istilah pintu depan atau pintu belakang, sebenar wujud mutakhir ini, bagi kita apa-apa keputusan mengikut sistem demokrasi yang betul diterima ikut undang-undang dan Perlembagaan negara maka itu dianggap sah.

“Dulu berlaku pertukaran kerajaan di Perak, apakah kita nak kata itu pintu belakang? Sedangkan dari segi undang-undang sah.

“Maka bagi kita, apa-apa peraturan, perubahan yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara, maka itu sah sekalipun ikut tingkap,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas pertemuan sulit di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai cubaan untuk mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Perkara itu turut didedahkan oleh Datuk Lokman Noor Adam melalui rakaman audio pengakuan Ahmad Zahid dalam mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional UMNO, minggu lalu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga mengesahkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini tidak menyentuh dan membincangkan isu Pakatan Nasional mahupun pembentukan gagasan baharu yang dirintis oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan UMNO.

“Buat masa ini belum, kita hanya bincang bagi memperkasakan jawatankuasa, pimpinan-pimpinan di peringkat pusat dan negeri,” katanya lagi.

UTAMAPOLITIKSelagi ikut Perlembagaan, kerajaan sah sekalipun ikut tingkap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium