BERITADUNIAJualan daging kelawar laris walaupun Covid-19 terus menular

Jualan daging kelawar laris walaupun Covid-19 terus menular

HIDANGAN kelawar masih mendapat permintaan yang menggalakkan meskipun koronavirus (Covid-19) dikhuatiri berpunca daripada haiwan itu, kata peniaga.

Saintis mengaitkan kelawar dengan koronavirus, apabila mengatakan wabak penyakit yang membawa maut itu berpunca daripada haiwan-haiwan mamalia sebelum tansmisi jangkitan kepada manusia.

Virus tersebut disebarkan daripada haiwan kepada manusia adalah amat berbahaya kerana badan manusia tidak mempunyai antibodi untuk melawannya.

Walaupun virus itu menular ke seluruh dunia dan lebih 45,000 orang dijangkiti, namun peniaga di Indonesia berkata, jualan kelawar dan hidangan kari kelawar masih menjadi kesukaan ramai.

Seorang peniaga, Stenly Tumbuleng yang berasal dari Tomohon di Sulawesi, Indonesia berkata, dia boleh menjual kelawar sehingga mencecah 60,000 ekor setiap hari.

Malah pada musim perayaan, dia mendakwa boleh menjual sehingga 600 ekor kelawar.

Timbuleng berkata: “(Koronavirus) tidak menjejaskan jualan. Malah, jualan berterusan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami