[Video] Tular video wanita asing sebar Kristian, hina nabi di KL - pakdin.my

Tersebar satu video menunjukkan seorang wanita warga asing menyebarkan agama Kristian di sekitar Kuala Lumpur, selain menghina Nabi Muhammad menerusi percakapannya.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial beberapa hari lalu, wanita itu dilihat mendekati orang ramai terutama mereka yang beragama Islam untuk menyebarkan agama Kristian sambil membawa kain rentang mengenai “Jesus”.

Antara lokasi di mana wanita itu kunjungi adalah sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Dataran Merdeka.

“Jesus lebih hebat daripada Muhammad. Jesus tidak berkahwin dengan kanak-kanak berusia 9 tahun.

“.. Jesus Christ adalah suci, dia tulen, dia hidup. Saya cinta Jesus,” katanya kepada sekumpulan pemandu teksi di sekitar ibu kota.

Video berdurasi lebih 5 minit itu ditonton lebih 100,000 pengguna.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai aktiviti wanita terbabit.

“Bagaimanapun, kami ada menerima maklumat dan sedang periksa (perkara itu),” katanya memetik laporan Harian Metro.

UTAMABERITA Tular video wanita asing sebar Kristian, hina nabi di KL

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium