Najib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan telah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk gabungan parti baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

Bercakap kepada portal The Malaya Post, Najib berkata, beliau dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang lain sudah bersetuju dengan gabungan baharu tersebut bagaimanapun meletakkan syarat tertentu.

Namun begitu, tiada penjelasan lanjut mengenai syarat-syarat tersebut, dilaporkan.

“Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat,” katanya.

Perikatan Nasional bakal dianggotai oleh Bersatu, UMNO, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sekali gus menyaksikan PKR, DAP dan Amanah terkeluar daripada gabungan terbaharu itu.

UTAMANAJIB RAZAKNajib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium