Mahkamah hentikan perbicaraan, Najib perlu ke PWTC dan Istana Negara - pakdin.my

Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-78 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini dihentikan.

9.24 pagi: Perbicaraan terhadap Najib Razak yang didakwa menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International tidak dapat diteruskan hari ini kerana tertuduh perlu menghadiri mesyuarat politik di PWTC pada pukul 10.30 pagi hari ini.

Perbicaraan itu juga tidak dapat diteruskan kerana saksi pembelaan, Rasman Abdullah belum bersedia untuk dipanggil memberi keterangan.

Peguam utama Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa tertuduh perlu menghadiri mesyuarat penting.

“Najib dikehendaki meninggalkan mahkamah untuk ke PWTC pada pukul 10.30 pagi,” kata Shafee.

Shafee juga memberitahu bahawa Najib perlu pergi ke Istana Negara selepas mesyuarat di PWTC. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan masa.

Sumber – Tun Carlos

UTAMANAJIB RAZAKMahkamah hentikan perbicaraan, Najib perlu ke PWTC dan Istana Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium