BERITA6 polis cedera helikopter terhempas

6 polis cedera helikopter terhempas

ENAM anggota polis cedera apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Tawau, lewat petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.15 petang.

“Anggota polis yang menaiki helikopter mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau menambah, helikopter tersebut terhempas di kem Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Kita tidak pasti punca nahas. Siasatan sedang berjalan,” ujar Umbuas.

Menurut Umbuas, kesemua anggota polis berkenaan dirawat di Hospital Tawau.

Jelasnya, mereka hanya akan ditanya mengenai insiden sebaik keadaan mereka stabil.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami