Mahathir tak perlulah bersusah payah membuat SD - pakdin.my

Proses pelantikan Perdana Menteri ke-8 tidak lagi boleh dipertikaikan di hadapan YDP Agong kerana baginda telah bertitah agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah esok.

YDP Agong membuat keputusan berdasarkan pada hemat baginda TSMY mempunyai sokongan majoriti pada masa keputusan dibuat.

Jadi tidak perlu buang masa membuat SD atau pengumuman media menyokong sesiapa. Ini semua tidak lagi diambil kira oleh YDP Agong.

Proses seterusnya yang boleh dibuat oleh pihak PH ialah membawa usul undi tidak percaya ke Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Sekiranya Muhyiddin kalah usul tersebut maka beliau boleh mencadangkan kepada YDP Agong membubarkan Parlimen.

Sementara menunggu proses tersebut PH boleh bersabar dan memikirkan semula strategi mereka.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/mahathir

UTAMAPOLITIKMahathir tak perlulah bersusah payah membuat SD

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium