Ku Nan dah kaya sebelum ada jawatan tinggi dalam UMNO - pakdin.my

Sebelum tahun 2001 ini Tengku Adnan belum memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan dan tiada jawatan penting parti pun. Tidak silap saya beliau hanya baru dilantik Setiausaha Kerja UMNO beberapa tahun sebelumnya.

Pada era 90-an Ku Nan telah pun mempunyai perniagaan bersama konglomerat besar negara.

Justeru sangat tidak munasabah untuk Ku Nan hendak meminta suapan setakat 2-3 juta ringgit.

Malah penyumbang pun telah menyatakan ia merupakan sumbangan perbelanjaan parti untuk PRK pada 2016.

Aset Ku Nan juga berkurangan hampir RM200 juta selepas beliau menjadi Menteri.

Nota:

Oh Ya! Ahli Parlimen saya (Lembah Pantai) ada buat perbandingan bahawa aset Ku Nan melebihi perbelanjaan sesetengah kerajaan negeri dalam setahun.

Kasihan beliau tidak boleh beza antara wang tunai dan aset.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIKKu Nan dah kaya sebelum ada jawatan tinggi dalam UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium