BERITADUNIAKomander pun tewas akibat Covid-19

Komander pun tewas akibat Covid-19

  • Komander Iran meninggal dunia akibat Covid-19
  • 85 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu

BRIGADIER Jeneral Nasser Shabani, seorang Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19), menurut agensi berita Fars pada Jumaat.

Anadolu Agency memetik Far News Agency melaporkan Shabani memulakan kariernya pada 1982 ketika peperangan Iran-Iraq.

Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran antara negara terjejas terus akibat wabak itu yang bermula pada Disember tahun lalu.

Angka kematian di Iran kini mencecah 514, seperti dilapor televisyen tempatan.

Pihak berkuasa negara itu berkata 85 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu,

“Manakala 1,289 kes baharu menjadikan jumlah positif wabak sebanyak 11,364 kes,” kata wakil Kementerian Kesihatan Iran, Kianoush Jahanpour.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami