BERITAMufti Kelantan disyaki Covid-19 dirawat di hospital

Mufti Kelantan disyaki Covid-19 dirawat di hospital

  • Demam dan sakit tekak selepas kembali dari Sarawak
  • Membuat saringan dan dimasukkan ke HRPZ II jam 9 pagi SEMALAM (18 Mac)
  • Ahli Keluarga telah di minta membuat ujian saringan

MUFTI Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dimasukkan ke hospital pagi semalam selepas mempunyai tanda jangkitan wabak Covid-19.

Difahamkan, Mohd Shukri mengalami demam dan sakit tekak selepas pulang dari Sarawak, Khamis lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pagi semalam.

Ahli keluarga ketika dihubungi berkata, bapanya mengalami sakit sendi selepas pulang dari Sarawak dan mendapat cuti sakit ketika ke klinik pada Ahad lalu.

“Namun selepas keadaan demam tidak berkurangan, bapa sekali lagi ke klinik sebelum diminta membuat saringan dan dimasukkan ke HRPZ II jam 9 pagi semalam.

“Bapa dimasukkan ke hospital untuk pemantauan memandangkan sekarang wabak Covid-19. Keputusan darah bapa belum lagi keluar.

“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dan mesej yang tersebar mengatakan bapa dalam keadaan kritikal adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, pagi tadi dia sempat panggilan video dengan bapanya dan dimaklumkan berada dalam keadaan baik namun ada rasa mual.

“Kami sekeluarga juga diminta untuk hadir ke Klinik Kesihatan untuk ujian saringan petang ini. Kami meminta orang ramai mendoakan keadaan bapa,” katanya. HMetro

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami