UtamaNASIONAL COVID-19: Guna tentera...

[Video] COVID-19: Guna tentera jika ingkar kawalan pergerakan - pakdin.my

Kerajaan mungkin terpaksa menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan selain polis sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhinya.

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika keadaan memerlukan, khidmat anggota tentera boleh digunakan di kawasan kampung manakala polis menguatkuasakan perintah di bandar.

Katanya, kementerian bersedia jika ada keperluan berbuat demikian bagi mengurangkan pergerakan orang ramai, sekali gus menjayakan matlamat perintah itu.

Malah, beliau berkata bermula hari ini, polis akan meningkatkan penguatkuasaan dalam bentuk sekatan jalan raya untuk membendung pergerakan orang ramai bagi atasi penularan COVID-19.

Beliau berkata, setakat semalam tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu angka ini dinaikkan dalam masa terdekat ini.

“(Sedia) guna tentera kalau ingkar (sebab) kampung tak cukup polis. Susah kawalan di kampung kalau RELA tak mampu, tentera mungkin digunakan di kampung, polis di bandar.

“Kalau (kadar) pematuhan tidak meningkat juga, pihak polis akan gunakan tindakan undang-undang dan tindakan tegas lagi ini. Saya harap, ia tidak perlu jika pematuhannya meningkat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk bertindak mempertingkatkan sekatan ini.

“Setakat ini hanya adakan pengumuman dan hebahan dulu. Semalam kita tunjukkan video oleh pihak polis buat hebahan dan pengumuman di seluruh negara.

“Jabatan Penerangan juga akan adakan hebahan kepada masyarakat. Walaupun kita benarkan rakyat keluar beli barang, cuba jarakkan diri apabila berada di kawasan ramai.

“Jika beli barang makanan di pasar raya atau pasar, cuba jarakkan diri. Cuba kurangkan bawa keluarga. Jangan bawa anak kecil untuk beli belah. Kita sendiri cuba mengelakkan kejadian yang lebih buruk,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...