COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15 - pakdin.my

Kes kematian akibat wabak COVID-19 kini meningkat ke angka-15 selepas seorang lelaki yang merupakan kes ke 1519 dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 5.35 pagi tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya memberitahu, lelaki usia 71 tahun berasal dari Melaka itu mempunyai kontak dengan kes 703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.

“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020,” katanya.

……………………………….

Berikut adalah imbasan rekod kematian yang disahkan oleh KKM selepas hampir dua bulan negara digegarkan dengan ancaman pandemik COVID-19:-

Kes Kematian 1
– Melibatkan kes ke-178,
– Seorang lelaki warga Malaysia di Johor berumur 34 tahun, yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling (yang dianjurkan selama 27 Februari hingga 1 Mac).
– Didapati bergejala mulai 5 Mac (12 hari sebelum meninggal dunia) dan telah dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19.
– Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU.
– Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

Kes Kematian 2

– Melibatkan kes ke-358,
– Seorang lelaki warga tempatan yang juga paderi berusia 60 tahun di Sarawak dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
– Mula bergejala pada 7 Mac (10 hari sebelum meninggal dunia) dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.
– Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU.
– Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

Kes Kematian 3

– Membabitkan pesakit daripada kes ke-152,
– Seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.
– Mula bergejala pada 9 Mac lalu (11 hari sebelum meninggal dunia) dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah kerana mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection (Jangkitan Pernafasan Akut Teruk), selain diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
– Disahkan meninggal dunia pada jam 6:27 petang, 20 Mac.

Kes Kematian 4

– Membabitkan kes ke-238.
– Seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.
– Dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala angkitan Pernafasan Akut Teruk.
– Diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di unit rawatan rapi (ICU).
– Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac, jam 1.30 pagi.

Kes Kematian 5

– Merupakan kes ke-1031
– Melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia
– Mengalami demam dan batuk selama 5 hari dan telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac.
– Pada hari kedua, dipercayai mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan.
– Dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020.
– Mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

Kes Kematian 6

– Merupakan kes ke-1032.
– Melibatkan anak perempuan kes kematian kelima kes ke-1031.
– Seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun.
– Mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020.
– Disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot.
– Disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

Kes Kematian 7

– Merupakan kes ke-230.
– Melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.
– Dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.
– Keadaan kesihatan mula merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan.
– Disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac.

Kes Kematian 8
– Merupakan kes ke-781
– Melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.
– Dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.
– Kemudian, dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.
– Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac pada jam 4.00 petang.

Kes Kematian 9

– Merupakan kes ke-890
– Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun.
– Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki.
– Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
– Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

Kes Kematian 10

– Merupakan kes ke-259
– Seorang lelaki berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh.
– Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan.
– Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.4.05 petang.

Kes Kematian 11

– Merupakan kes ke-1,070 –
– Seorang lelaki berumur 70 tahun dan warganegara Malaysia.
– Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
– Disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

Kes Kematian 12

– Merupakan kes ke-1,114.
– Seorang lelaki, rakyat tempatan yang berumur 70 tahun.
– Allahyarham merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling
– Dirawat di Hospital Kluang, Johor.
– Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes Kematian 13

– Merupakan kes ke-1,006.
– Berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia.
– Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes ke1031.
– Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes Kematian 14

– Merupakan kes ke-595
– Seorang wanita tempatan berumur 51 tahun.
– Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.
– Dirawat di Hospital Miri.
– Disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes Kematian 15

– Merupakan kes ke-1519.
– Seorang lelaki berusia 71 tahun berasal dari Melaka.
– Mempunyai kontak dengan kes 703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
– Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020.
– Disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020

……………………………….

Pecahan mengikut kluster kes kematian disebabkan #Covid19 di Malaysia.

1. 60 tahun – paderi
2 .34 tahun – tabligh
3. 58 tahun – tabligh
4. 50 tahun – tabligh
5. 79 tahun – tabligh
6. 40 tahun (anak perempuan tabligh mangsa 5)
7. 57 tahun – tabligh
8. 69 tahun – tabligh
9. 48 tahun – Dr KKM, trip Turki
10. 74 tahun – Tabligh.
11. 70 tahun – Rakyat biasa. Trip Indon
12. 70 tahun – Tabligh.
13. 49 tahun – Rakyat biasa.
14. 51 tahun – Tabligh
15. 71 tahun – Contact rapat Tabligh.

UTAMABERITACOVID-19: Malaysia catat kematian ke-15

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium