COVID-19: Wanita hina polis ditahan - pakdin.my

PENDANG: Seorang wanita ditahan malam tadi, selepas memuat naik status menghina polis di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata wanita berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan pada jam 11.30 malam di rumahnya di sini.

Katanya, wanita itu dikatakan marah selepas anggota polis yang bertugas melakukan Ops COVID-19, di Jalan Pendang-Kobah berdekatan Batu Menunggul, menahan dan mengarahkannya pulang dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada jam 9 malam.

“Tangkapan terhadap wanita itu dibuat berdasarkan maklumat pengadu yang memaklumkan menerima pesanan dari aplikasi WhatsApp dari rakannya pada jam 10.12 malam tadi.

“Rakannya memberitahu ada satu status bergambar dimuat naik dari Facebook pemilik bernama Sahira Eyraa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan direman dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UTAMABERITACOVID-19: Wanita hina polis ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium