Ahli Majlis Main Badminton Ketika PKP Sudah Ditahan - pakdin.my

  • Seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis MBSA yang dilantik atas kapasiti politik
  • Tindakan tidak bertanggungjawab ahli majlis bersama tiga rakannya bermain badminton di Dewan MBSA di Seksyen 25 awal pagi semalam tular di Facebook komuniti warga Shah Alam
  • Polis tidak membuat tangkapan sebaliknya memberi teguran

SHAH ALAM – Empat individu termasuk seorang Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bermain badminton di Dewan MBSA Seksyen 25, awal pagi semalam sudah ditahan polis.

Jurucakap khas Op COVID-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim, berkata ahli majlis berkenaan serta tiga rakannya ditahan pagi tadi dan kini menunggu perintah reman untuk didakwa kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Empat individu sudah ditangkap pagi tadi dan kita masih menunggu reman sebelum mendakwa mereka mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (langkah-langkah di dalam kawalan tempatan jangkitan 2020).

“Seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis MBSA yang dilantik atas kapasiti politik. Difahamkan siasatan serta tindakan dalaman juga akan diambil oleh Datuk Bandar MBSA,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Sementara itu, MBSA menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan ahli majlis berkenaan adalah satu pencerobohan kerana sepanjang PKP berkuat kuasa, dewan-dewan ditutup dan aktiviti sukan atau riadah tidak dibenarkan.

“Kami dukacita terhadap insiden ini dan satu surat memohon penjelasan sudah diberikan kepada ahli majlis berkenaan serta satu laporan disediakan kepada pihak kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya kerana kedudukan ahli majlis dalam sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah lantikan kerajaan negeri.

“Kita menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan malah MBSA juga ingin memaklumkan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, organisasi atau kumpulan termasuk penjawat awam yang melakukan kesalahan sepanjang PKP ini dikuatkuasakan,” katanya.

Terdahulu, tindakan tidak bertanggungjawab ahli majlis bersama tiga rakannya bermain badminton di Dewan MBSA di Seksyen 25 awal pagi semalam tular di Facebook komuniti warga Shah Alam.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook, difahamkan pasukan dari Unit Pantas MBSA menerima laporan sekitar jam 1 pagi mengenai aktiviti di dewan berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki termasuk seorang ahli majlis sedang bermain badminton.

Menurut perkongsian itu, sebuah kereta peronda polis dan dua anggota turut tiba di lokasi ekoran mendapat aduan yang sama.

Polis tidak membuat tangkapan sebaliknya memberi teguran supaya ahli majlis berkenaan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Berita Harian Online

UTAMABERITAAhli Majlis Main Badminton Ketika PKP Sudah Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium