UtamaNASIONALBORNEOCovid-19: KKM dedah kluster...

Covid-19: KKM dedah kluster sejarah perjalanan ke Itali telah ragut 5 nyawa, 37 sah positif - pakdin.my

  • Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3
  • Adalah amat penting memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, sejarah perjalanan ke luar negara atau kehadiran ke perhimpunan
  • Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang disediakan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau menghadiri perhimpunan yang berkait rapat dengan penularan jangkitan wabak agar berlaku jujur bagi memudahkan pihak kementerian mengambil tindakan proaktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kegagalan berbuat demikian hanya mengakibatkan situasi yang lebih buruk, sebagaimana satu kluster yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.

“KKM ingin menegaskan bahawa adalah amat penting supaya masyarakat memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, sejarah perjalanan ke luar negara atau kehadiran ke perhimpunan yang diumumkan oleh KKM sebagai berkait rapat dengan penularan jangkitan Covid-19.

“Sebagai contoh, daripada hasil siasatan yang telah dijalankan, terdapat satu kluster yang wujud daripada kes indeks positif Covid-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Itali (kes ke-1580).

“Setakat ini daripada kluster tersebut, 37 orang telah disahkan positif Covid-19, di mana terdapat lima kes kematian (iaitu kes ke-1031, kes ke-1032, kes ke-1006, kes ke-2850 dan kes ke-2210), serta satu satu kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3,” katanya sewaktu sidang media harian Covid-19 pada Ahad.

Ketika ditanya lebih lanjut, Dr Noor Hisham berkata kes yang ke-1580 itu adalah rakyat Malaysia yang menjangkiti ahli keluarganya selepas pulang melancong dari Itali.

“Dia pelancong, ke Itali dan selepas pulang dia menjangkiti seorang demi seorang sehingga generasi ke-3 dan menjangkiti keluarga. Lihat, satu kes menjangkiti sampai 37 orang.

“Justeru adalah penting untuk kita beri maklumat kepada KKM dan petugas penjagaan kesihatan,” ujarnya lagi.

Tambah Dr Noor Hisham, sehingga 5 April 2020 sebanyak 180 buah negara di seluruh dunia dilaporkan terjejas akibat jangkitan Covid-19.

“Justeru, sememangnya terdapat risiko bagi kes-kes Covid-19 luar negara diimport ke dalam negara dan mengakibatkan penularan dalam negara.

“Selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang disediakan.

“Di pintu masuk negara, mereka akan menjalani saringan kesihatan bagi mengesan demam dan gejala Covid-19, manakala ujian pengesanan akan dijalankan serta mereka dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin,” katanya lagi.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...